Pagi tadi dapat whatsapp dari Pn Ezan Awie.
Beliau terpaksa mengundur diri dari Asmak atas faktor yang tak dapat dielakkan.
Sebenarnya sudah lama beliau struggle dan berusaha untuk menyelesaikannya, tapi nampaknya tak berjaya dan harus fokus pada isu yang dihadapi dahulu.
5 tahun bersama Asmak bukan satu tempoh yang pendek, dan mempunyai sumbangan tersendiri dalam team.
Semoga Allah terus merahmati beliau dan keluarga.
“Terima kasih utk segala yg cg dan en eddy dah berikan selama ni utk akk. Akk buat keputusan untuk tarik diri dr team asmak atas faktor *****
Pasti. Akk akan jumpa cg lagi lps ni. Ukhwah kita kekal sampai bila2
Takkan pernah lupa segala budi dan jasa cg sekeluarga. Kirim salam kat en eddy ya ”
Sebenarnya saya terharu sebab tak ramai leader yang beradab macam ni bila terpaksa stop berbisnes dengan kita.
Ada yang datang dengan cara baik, merayu minta dibantu, lalu kita pun tolong dengan sepenuh hati, tapi akhirnya ditinggalkan begitu sahaja tanpa sepatah ucapan.
Kita bukan minta disujud, hanya sepatah dua kata sebagai tanda ukhwah masih terjalin, tapi hati manusia siapalah boleh memaksa.
Kita fahamlah apa maksudnya jika begitulah cara berhenti dari team yang selama ini berkongsi rezeki.
Lebih suka bermusuh dan membiarkan keadaan menjadi keruh.
Saya suka dengan cara Kak Ezan sebab masih profesional walaupun sedang dalam keadaan yang struggle.
Tolong doakan beliau dipermudahkan segala urusan dan boleh hidup aman damai serta dijauhkan dari anasir jahat boleh?
Semoga ada di antara doa kalian yang makbul.
Walaupun bukan lagi stokis, beliau masih akan menjual secara offline. Area Kemaman dan berdekatan bolehlah support beliau jika nak dapatkan produk ye.
May Allah bless u always.