1. Allah cipta bumi ini lengkap
Allah berikan pelbagai jenis makanan yang baik dan mempunyai fungsi meningkatkan kesihatan serta menyembuhkan penyakit. Antaranya:
-
Madu sebagai syifa’ (penyembuh).
-
Habbatus sauda sebagai penawar segala penyakit kecuali maut.
-
Buah-buahan, sayur-sayuran, rempah dan herba yang kaya dengan fitonutrien, enzim hidup dan antioksidan.
Namun, amat pelik apabila manusia hari ini tidak memandang semua itu sebagai sumber utama kesihatan. Yang dikejar?
Pil, suntikan dan racun sintetik yang dilabel sebagai ‘ubat’.
2. Dalam Al-Quran, Allah ulangi perintah: Makanlah yang baik-baik, halal lagi toyyib
Kerana di situlah asas sistem imun sebenar dibina.
Itulah semua ‘ubat’ yang telah disusun Allah buat kita — daripada alam, daripada ciptaan-Nya.
Bukan makmal.
3. Tapi bila sakit…
Kita lebih percaya kepada racun dari makmal.
Sedangkan, kesan ubat moden sering memberi kesan sampingan:
-
Antibiotik mengganggu usus dan membunuh flora baik.
-
Vaksin membawa bahan logam berat seperti aluminium, merkuri, serta sel DNA asing.
-
Steroid nampak ‘cantik’ seketika, tetapi dalam diam merosakkan hati dan ginjal secara perlahan-lahan.
4. Fakta sains untuk ‘bani source’? Ada banyak.
-
Kajian oleh British Medical Journal (BMJ) menyatakan 10% preskripsi ubat berpunca daripada ‘over medicalisation’.
-
Jurnal Gut Microbes (2021) melaporkan penggunaan antibiotik secara berulang boleh mengganggu mikrobiom usus, menurunkan imuniti badan dan meningkatkan risiko penyakit autoimun.
-
WHO sendiri mengakui penyalahgunaan ubat kimia mencipta bakteria kebal ubat (superbugs) yang semakin sukar dirawat.
5. Ironinya… Penawar sebenar ada di dapur rumah kita
Contoh makanan semula jadi yang terbukti berkesan:
-
Lemon – Bersifat alkali dan membantu detoksifikasi.
-
Lobak merah – Kaya dengan beta karotin, bersifat anti-radang.
-
Bawang putih – Antibiotik semula jadi yang menguatkan sel darah putih.
-
Air kelapa muda – Menyegarkan, menghidrat dan membuang toksin.
Kajian Journal of Food Science menunjukkan bawang putih mentah mempunyai keberkesanan setanding dengan antibiotik tertentu dalam melawan jangkitan ringan.
6. Soalnya… Kita kaji atau tidak?
-
Tahu atau tidak tujuan sebenar ubat itu dicipta?
-
Tahu atau tidak kesan jangka panjangnya?
-
Atau kita sekadar ikut cakap doktor, ikut iklan dan makan “racun” dengan rela?
7. Ubat banyak yang tidak perlu, tetapi…
Ubat boleh diambil apabila benar-benar diperlukan.
Contohnya dalam keadaan kecemasan atau apabila tiada jalan lain selepas pelbagai ikhtiar semula jadi telah dilakukan.
Jika sistem imun sudah lemah, tubuh rosak dan racun terpaksa dijadikan penampung — itu adalah pilihan terakhir.
Namun jika kita kuatkan fitrah dari awal, insya-Allah, racun Big Pharma bukanlah penawar utama kita.
Akhirnya, penawar sebenar bukan dari BigP.
Tetapi ada di dapur, di kebun, pada cahaya matahari, dan di dalam hati yang percaya bahawa Allah telah menciptakan tubuh dan fitrah kita dengan sebaik-baik sistem penyembuhan.
Sumber:
-
British Medical Journal (BMJ)
-
Gut Microbes Journal, 2021
-
World Health Organization (WHO)
-
Journal of Food Science





