Gelombang Kejatuhan Perniagaan: Bila Sistem Buatan Manusia Gagal Lindungi Usahawan
Bulan yang paling teruk dalam sejarah keusahawanan; apabila melihat satu demi satu perniagaan tumbang dan masih terus bertambah hari demi hari. Tahniah kepada para penyokong dan pendokong sistem. Teruskan “usaha” anda.
Bulan ini aku menyaksikan satu demi satu perniagaan tumbang.
Bukan tidak pernah berlaku.
Dulu pernah berlaku zaman GST tetapi skalanya kecil.
Lepas itu datang PKP; beberapa gelombang besar sudah menghanyutkan banyak bisnes pada waktu itu.
Dan kini, gelombang yang lebih besar datang.
Bukan setakat gerai kecil di tepi jalan, tetapi yang kononnya ‘ada sistem’, ‘ada penjenamaan’, ‘ada nama’.
Ada yang dahulu gah, sekarang lesap.
Ada yang dahulu terkenal; sekarang senyap.
Dan angka ini… makin bertambah. Hari demi hari.
Tahniah.
Tahniah aku ucapkan kepada kalian; para penyokong dan pendokong sistem.
Yang terlalu percaya kepada sistem buatan manusia ini kononnya ‘menjamin kestabilan’.
Yang ketawa bila orang lain cuba melawan arus.
Yang cepat-cepat melabel orang sebagai “tidak faham bisnes”, “tidak pandai bermain permainan”.
Padahal, yang sebenarnya tidak faham dan tidak tahu membaca sihir sistem; ialah kalian.
Cubalah buat dahulu.
Mulakan semuanya dari kosong dan dari bawah; baru boleh berbicara.
Teruskan.
Teruskan “usaha” menjatuhkan lebih ramai.
Jatuhkan sahaja para pejuang bisnes.
Jatuhkan keluarga yang baru mahu membina kehidupan.
Jatuhkan generasi muda yang baru belajar bertatih.
Jika kalian tidak rasa apa-apa hari ini;
Sampai masa, apabila kaki sendiri terkena dengan sistem,
barulah tahu langit itu tinggi atau rendah.
Biar orang kata aku sinis.
Sebab aku tidak sanggup melihat lebih ramai sujud kepada sistem yang menganiaya.
Biar kita nampak kecil;
Asalkan Tuhan nampak kita berusaha.
Teruskan bertahan kepada semua, selagi mampu.
Dunia hanya sementara.
Apa pun yang berlaku, sentiasalah bersyukur dan bertenang.
Dunia belum berakhir.
Allah ada.
#sharingbynfam #awaken #bisnesstory





