Untuk berjaya, kita hanya perlu fokus meningkatkan diri sendiri dan apa yang diusahakan, bukannya sibuk dengan urusan orang lain dan fokus menjatuhkan orang lain.
Saya dah pernah merasa, ketika ingin bangkit, ada sahaja pihak yang berusaha setiap hari untuk menjatuhkan saya. Bukan sahaja ia tidak melemahkan saya, bahkan ia menjadikan saya semakin kuat, semakin ke depan.
Akhirnya orang berkenaan pula tak ke mana pun, makin susah dan sempit rezeki ada la.
Jadi apa faedahnya nak menjatuhkan orang lain?
Fokus untuk berjaya saja!