Percutian kami satu keluarga ke Sabah pada awal tahun ini sememangnya satu pengalaman gembira yang sukar dilupakan oleh kami. Kenapa? Biarlah rahsia 🙂
Oleh kerana kami ke sana agak lama, ramai yang bertanya apa aktiviti atau tentatif perjalanan kami di sana. Saya fikir, bagus juga kalau dapat dikongsi, mana tahu dapat membantu mereka yang merancang untuk ke sana.
Semasa kami di sana, kami menggunakan khidmat En Mohd Razib (dalam gambar) sebagai pemandu merangkap pemandu pelancong. Baik sangat orangnya, rajin membantu dan melayan kerenah kami (faham-faham je la kan bila bawa budak-budak). Mudah kami nak ke mana-mana. Beliau juga sangat arif dengan selok-belok jalan dan sejarah kat Sabah ni. Seronok dapat belajar banyak benda tentang budaya di sini.
Berikut ialah tentatif percutian kami di Sabah (6 hari 5 malam).
HARI PERTAMA (SELASA) : KETIBAAN 3.10PM & KE KUNDASANG
☛ Ketibaan di Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA)
☛ Bertolak ke Kundasang 2 jam perjalanan)
☛ Singgah di Rumah Terbalik, Tamparuli
☛ Check in penginapan di Dream World Resort
HARI KEDUA (RABU) : KUNDASANG TOUR
☛ Kg. Luanti Fish SPA – Tagal
☛ Ladang Teh Sabah
☛ Poring Hot Spring : Mandi air panas, canopy walk
☛ Arnab Village Ranau
☛ Kundasang War Memorial
☛ Desa Cattle Farm : Malaysia New Zealand (dekat dengan penginapan)
HARI KETIGA (KHAMIS) : KUNDASANG TOUR & KUDAT TOUR
☛ Check out Dream Wold Resort
☛ Singgah di gerai sayur & buah di Pekan Kundasang
☛ Kinabalu Park : Timpohon Gate
☛ Singgah di Pekan Nabalu (Pasar Kraftangan)
☛ Perjalanan ke Simpangan Mengayau, Kudat
☛ Gombizau Honey Bee Farm, Kudat
☛ Balik ke Kota Kinabalu
☛ Check in penginapan : Homestay Putatan
☛ Makan Malam : Todak Seafood Waterfront
HARI KEEMPAT (JUMAAT) : ISLAND HOPPING atau KK TOUR
☛ Pilihan 1 : Island Hopping
☛ Bertolak ke Jeti Jesselton
☛ Bertolak ke Pulau Manukan/Sapi/Memutik
☛ Snorkling, Banana Boat etc
☛ Pilihan 2 : KK City Tour
☛ Zoo Wildlife Kinarut
☛ Muzium Negeri Sabah & Kampung Budaya
☛ Atkinson Clock Tower, Bandaran
☛ Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (Masjid Terapung)
☛ Pantai Tanjung Aru atau Oceanus Waterfront (sunset)
☛ Pasar Malam Sinsuran atau Kg. Air
HARI KELIMA (SABTU) : KK TOUR
☛ Kota Kinabalu Central Market (kraftangan, kerepek serta makanan laut kering)
☛ Koboi Town Sabandar Ride, Tuaran
☛ Dalam perjalanan pulang ke KK, singgah makan lokan dan kelapa bakar di Salut
☛ Singgah Signal Hill (KK View Point)
☛ Kilang kek lapis Sarawak
HARI KEENAM (AHAD) : PULANG KE SEMENANJUNG
☛ Bergerak ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada 9 pagi
☛ Singgah di Tamu Jalan Gaya (Ahad Sahaja)