Skip to main content
Dah mula buat homeschooling ni lama dah,tapi tak beriya dan bukan sepenuhnya.
Sebab itu saya belum ada seorang anak pun yang ambil UPSR mahu pun PT3. SPM ada seorang tahun depan,itu pun tak tahulah,tak ada gaya nak ambil. Mungkin lajak atau tak ambil terus.
Untuk anak kedua dan ke bawah mungkin ambil,tapi 6 subjek utama sahaja.
Kalau ambil,kalau tak ambil,ajar sendiri sahajalah skill yang bersesuaian.
Apa yang penting fokus lebih pada agama. Ini pendapat saya la. Dan fokus lebih pada agama itu tak bermakna hantar tahfiz. Saya dah serik nak hantar anak ke tahfiz sebab susah nak cari tahfiz yang tak fokus pada tahfiz semata. Balik-balik suruh menghafal sahaja,ajaran agama yang lain tersangatlah kurangnya.
Sekarang saya sendiri ajar mereka skill yang asas ( tak advance pun baru level intro gitu je), dan upah dua orang untuk bantu saya,seorang cover akademik dan seorang lagi cover agama. Mungkin untuk agama nak cari seorang lagi.
Mula Disember ni balik sebab sebelum ni kacau je bila lockdown tak boleh buat.
Anak yang sekolah menengah saya tangguh dulu persekolahan sebab tak berani lagi nak hantar,nanti jadi fitnah pula sebagai pembawa. Biarlah sesama mereka tu yang bersekolah.
Yang sekolah khas hantar sebab seorang guru mengajar murid tak sampai 4 orang pun. Beranilah sikit.
Tapi yuran tetap kena bayar,nak berhenti terus rasa sayang,tak berhenti rasanya rugi bayar. Nak kena buat solat istikharah nampaknya. Semoga Allah beri pilihan yang terbaik

.

Kalian macam mana?

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply