Minggu lepas ada urusan di Kuantan dan kami memilih untuk stay di Zenith memandangkan dah lama teringin tapi tak pernah jadi.
Kami pilih Family suite dan asalnya 2 hari 1 malam. Tapi sebab rasa best sangat terpaksa sambung lagi sehari.😅
Sebab rasa syok pula sampai timbul mood nak menyiapkan seberapa banyak kerja di sana.
Apa yang bestnya Zenith ni ?
Selesa dah tentu,bilik dia luas sangat sampai bila dah duduk kat tilam tu nak pergi tandas rasa jauh. Hehe
Duduk dalam bilik pun rasa aura dia best sangat.
Selebihnya susun atur dalam bilik pun menarik.
Paling best sebenarnya makanan mereka.Meriah dan tak kedekut. Sampai tak larat nak rasa dah.
Patutlah yang pergi Zenith ni repeat sebab nak makan je kadang. Desert meriah. Dah balik mesti teringat.
Encik suami pun kata Zenith best. Ada rezeki boleh ke sini lagi.
Dah berapa tahun teringin nak stay sini sampai pernah cakap dengan suami satu hari nak merasa tidur hotel ni.
Alhamdulillah,akhirnya dapat.
InsyaAllah kalau ada teringin apa-apa minta sahaja dengan Allah.
Hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,lebih baik di negeri sendiri
Inikah yang dimaksudkan dalam peribahasa di atas apabila rasanya seperti inilah hotel paling best dalam banyak hotel yang pergi baru-baru ini.
Dia menang di hati bila menawan kita dengan makanan dia yang meriah dan sedap selain keselesaan. 😁
Restoran sekitar Kuantan yang sempat singgah baru ni, Sara Thai Kitchen. Memang makanan Thai saja di sini. Pulut mangga dia mabeles. 😋