Skip to main content

Musim pandemik ni memang tak berapa suka nak ke klinik apatah lagi hospital kecuali kecemasan.
Minggu ni 3 orang sekali anak tak berapa sihat.
Shibi kaki makin ok lepas urut. Cuma dia jalan hencot la sikit. Geram je tengok baby jalan hencot. Boleh bayang tak? 😅
Si Syaimah pula demam, selesema dengan batuk. Konsisten bagi dia minum Jus Asmak Gold sebab dalam tu ada lemon. Taulah kan khasiat lemon ni.
Lepas tu sapu Minyak Asmak untuk luaran dia. Nak cepat baik, saya keringkan hidung dia dengan tisu, lepas tu guna cutton bud untuk letak sikit minyak dalam hidung dia. Calit kat hidung dan buat urutan asas bila guna Minyak Asmak.
Alhamdulillah, batuk dah hampir tiada, selesema pun dah kering.
Minyak Asmak ni sebab tu kita guna agen, sebab nak kena consult. Cara pakai dia ada banyak. Kena tengok yang mana sesuai dengan anak kita.
Kalau jenis tak sabar atau malas nak sapu kat anak tak bolehlah. Urutan ni bagus untuk anak tau, selain eratkan kasih sayang dapat membuatkan mereka lebih cepat sembuh sebab dia rasa sentuhan seorang ibu. Gitu
Si abang pula terkena bisul. Tanya dekat group pengedar sebab tak pernah lagi ada pengalaman anak kena macam tu.
Mereka kata banyak kes serasi dengan Minyak Herba Asmak. Siap tunjuk gambar lagi.
Apa lagi, cuci tempat bisul tu dan sapu minyak kerap. Hari ni dah pecah. Alhamdulillah
Walaupun belum baik sepenuhnya tapi dia dah tak sakit macam sebelum ni, sebab bisul dia agak besar.
Senang ada Minyak Asmak. Boleh ikhtiar dulu.
Kalau tak ok, baru kita cuba cara moden.
Yang penting monitor kesihatan anak.
Moden dan tradisional berpisah tiada. ❤️
Nfam,
Suka pilihan alternatif, yang penting selamat.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply