Skip to main content
Keluarga

Ibu mana tak rindukan anaknya yang jauh di mata

Catatan 1 Mac 2017

Throwback

Tengah buat apa agaknya ye.Harap baik-baik saja hendaknya.
4 tahun berulang ke tahfiz.Hantar pagi ambil petang.Demi kasih sayang en suami sanggup susah dengan jarak lebih kurang 30-40km pergi sahaja 5 hari seminggu.Saya sebagai peneman je duk sebelah.Saat tu paling best sebab boleh berbual sekeluarga tanpa gangguan.Seringkali kami sarapan bersama dulu.Paling kurang sebulan sekali mesti pergi jalan mana-mana.Kadang-kadang setiap minggu keluar bersama ke sana sini. Banyak betul masa kita luangkan bersama. Last hari tu pergi umrah pun ikut. Untunglah rezeki kalian dapat ke tanah suci di usia muda. Pasti tak dapat lupakan pengalaman mendaki Gua Hira’,perjalanan ke Taif ,Hudaibiyah dan lain-lain.

Setiap hari rumah riuh rendah dengan suara kamu berlima,tapi hari ni rumah sunyi je .En suami pun tersasul nak panggil nama anak sulung tadi.Sunyinya rasa.Tiada lagi cerita dan sembang kita tentang pelbagai perkara.Macam hilang kawan baik pun ada maklumlah mak tak sempat nak bersosial sangat kat alam realiti. Dengan anak-anaklah paling banyak berbual.
Tak adalah orang yang bawakkan air dan makanan ke bilik sebab dia tahu mak dia lapar,tanpa perlu minta.Tak adalah orang yang belikan makanan kesukaan mak dia kat pasar malam.

Dari kecil kita jaga,tiba-tiba hari ni tak nampak depan mata.Dan akan balik kalau cuti semester sahaja.Boleh jumpa sekejap dua minggu sekali.
Bertabahlah kamu berdua. Kita terpaksa berkorban demi masa depan yang lebih baik. Semoga lebih banyak hafazan al quran selepas ini dan akhlak,ilmu dan adab akan menjadi lebih baik dari sekarang.

Siapa tak rindu anak kan.Berdoa sajalah setiap kali teringat.

Hidup perlukan pengorbanan.

Mungkin sebab baru lagi jadi rasa sangat.Semoga kita boleh sesuaikan diri dengan suasana ni,ingatlah apa plan kita sebenarnya.

Doakan anak kami Muhammad Syahmie Sirajuddin 12 tahun dan Muhammad Syahmie Shazwan,10 akan dapat menghabiskan hafazan al quran lebih cepat ,boleh sambung belajar dalam bidang agama dan menjadi anak yang soleh dan beri manfaat kepada umat Islam .Aminnn

#day1

 

Mulai esok kuranglah masa kita bersama-sama lagi macam ni
selalu ke mana-mana bersama kita sekeluarga.Macam belangkas

Tapi demi kebaikan
Berkorbanlah demi mencari ilmu
semoga kalian berdua tabah
jangan esok mak pula menangis tengok katil kalian kosong.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply