Skip to main content
Cerita Bisnes

ISU BUANG HARGA

Throwback 23 APRIL 2016

ISU BUANG HARGA

Benda paling membosankan dalam bisnes ialah buang harga
kerana buang harga bisnes nangka madu kami terbantut tak dapat berkembang selepas market rosak.
sekadar boleh buka macam biasa
bayar gaji staf dan lepaslah perbelanjaan dan kos lain walaupun asalnya macam dah boleh kaya dengan jual nangka sahaja
bila market rosak? lupakan sahajalah nak kaya. kayap ada..

semasa saya jual kerepek nangka sekitar 2012,tiba-tiba muncul seorang lagi kerabat supplier nak jual juga.Tak pasal-pasal dia komplen harga saya murah sedangkan saya ikut harga kilang. Kilang arahkan saya ikut harga baru. Saya ikut sebab saya faham pentingnya pelarasan harga sesama menjual. Tak apa mengalah walaupun terpaksa beri harga baru pada agen dan pelanggan. Saya tak nak dikata buang harga.

sekarang jual produk pun sama
tak habis-habis isu buang harga ini
kalau agen/stokis kita senang nak tarbiyah
senang nak suruh ikut peraturan yang ditetapkan
tapi masalah timbul bila pihak lain yang buang harga dan ada agen/stokis kita yang tak jujur

nak berniaga lama harga kena jaga
kalau tak agen dan stokis akan lari sebab fed up
tapi isu ni sering dipandang ringan
bukan susah nak selaraskan harga
buat list dan bagi pada leader
settle
follow atau tidak itu bab lain

#buangharga #membunuhpasaran

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply