Skip to main content

Home sweet home❤️

Alhamdulillah dah sampai rumah.

Bertapa 3 hari di Cameron Highlands. Bertapalah sangat. 😅

Apa yang penting, dapat siapkan beberapa kerja penting.

Selebihnya aktiviti merosakkan diet. Ada orang asyik ajak makan je. Bila dia tak ajak, kita pulak ajak sebab lapar. Hehe

Orang Pahang kena datang sebab lengang. Mudah sangat nak jaga SOP kat sini sebab hanya orang Pahang boleh ke sini.

Kebanyakan premis beroperasi macam biasa.
Harga hotel pun banyak yang dah turun.

Pertama kalilah bila balik semula boleh terserempak dengan banyak kereta menghala ke CH. Nampak sangat orang Pahang tak nak lepaskan peluang CH tanpa jammed. Bila lagi.

Cuma kita teruskan berdoa semoga Pahang terus bebas Covid macam sekarang. Dan semoga negeri – negeri lain pun sama bebas segera dari virus ini.

Semua orang dah penat dengan new normal kan. Kita nak back to our normal macam dulu.

Insyaallah, kita pasti menang.

Macam biasa nak letak gambar untuk kenangan sendiri dan keluarga.

Siapa nak tengok bolehlah. Kot dapat idea ke apa kan.

Kali ni saya pilih Century Pines Resort di Tanah Rata. Kebetulan harga pun tengah rendah dan kosong. Selalu macam kena booking awal baru dapat.

Saya ambil bilik yang ada garden. Sebab baca review sini cantik.

Makan walaupun bukan buffet, kena order, tapi mereka sediakan juga makanan lain sikit – sikit. Makanan sini sedap, boleh tahan.

Staf pun baik, peramah dan membantu.

Pertama kali jumpa selipar Jepun dibekalkan.

Tapi nak sterika baju kena pergi ke bilik khas. Better bawa sendiri la kot.

Air mineral tak disediakan, tapi ada penapis air berdekatan dengan bilik. Jadi kami beli je air mineral.

Selebihnya boleh tengok gambar. ❤️

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply