Skip to main content

Rupanya persinggahan di KHM Strawberries & Jam bulan lepas menjadi saat terakhir dapat makan di sini.

Gambar ni pun saya tak sempat post, lagi pula fikir dah banyak kali post tempat ni, jadi simpan dalam galeri je la.

Tapi kali ni saya post sebab rupanya tiada lagi dah KHM di sini. Ini adalah gambar terakhir rupanya.

Semalam tengok tapaknya dah bersih, langsung tak ada kesan dah walaupun 20 tahun mereka di situ.

Difahamkan mereka tak dibenarkan lagi menyambung sewa di situ dan bakal berpindah ke Tanah Rata.

Buat masa ini mereka beroperasi di sebelah tapak KHM yang telah pun lenyap sebab di situ kalau tak salah rumah owner.

Walaupun sempit tapi tetap dikunjungi. Kami hanya membungkus dan makan di tepi jalan.

Semoga dipermudahkan urusan KHM Strawberries untuk berpindah.

Insyaallah kalau benda sedap, dalam bukit orang cari lagi.

Setakat ni scone KHM adalah yang paling sedap. Aiskrim strawberi, mee kari dan spageti mereka pun sedap.

Kalau ke CH jangan lupa untuk mencuba. ❤️

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply