“Kejatuhan bisnes awak nanti sebab suami awak ”

Ini cerita 10 tahun lepas. Ini adalah penguat semangat saya untuk membuktikan sebaliknya.

Saya kenal pakcik ni di sebuah forum,dan sering berbual tentang emas dengan dia dan tentang bisnes. Dia seorang usahawan yang berjaya. Sesekali dia akan berkongsi tip dan berikan nasihat.

Dia tahu saya fokus pada emas dan pada 2011 suami menceburi bisnes nangka madu.

Lalu dia berkata pada saya yang ,apabila saya fokus lain dan suami pula fokus lain,salah satu akan jatuh.

Saya tak percaya dan awalnya saya menyangkal.

Lalu dia berikan saya satu contoh bisnes yang agak terkenal dan saya terkedu. Kesnya bisnes tu,suami fokus pada bisnes A yang sedang berkembang. Tiba-tiba isteri buka bisnes lain pula.Sejak itu mereka jatuh dan tak dapat nak bangkit sehingga sekarang.

Wow,besar impaknya tu.

Gaiss,kita ni usahawan kecil.

Kalau buat seorang diri satu bisnes pun dah terkontang -kanting,macam mana nak buat bisnes berasingan suami isteri. Kecualilah pandai nak delegate dan leverage bisnes tu. Ini tak,dialah tukang buat,dialah tukang jual,dialah segalanya.

Macam mana nak pergi jauh?

Selepas tercabar dengan kenyataan pakcik tu,lalu saya beringat.

Macam mana nak cakap dengan suami eh.Hmmm.

Dia memang minat jual buah-buah ni dari lepas SPM lagi.

Akhirnya macam biasa,saya bincang dengan suami dari hati ke hati dan kami mengambil keputusan fokus pada bisnes emas dan bisnes nangka madu staf handle 90%. Suami hanya menguruskan hal-hal yang penting.Alhamdulillah masih bertahan sehingga sekarang tanpa mengganggu fokus kami pada bisnes utama.

Ingat,jika sekarang terjebak dengan beberapa jenis perniagaan,pilihlah fokus pada yang utama dan yang lain sampingan .Lebih baik jika dapat fokus pada satu sahaja dulu sehingga berjaya dan baru tambah yang lain. Sebab bukan semua orang pandai buat beberapa bisnes.

Penat buat banyak bisnes,sebab semua jadi lain. Target market lain,copywriting lain,gambar lain,nak urus duit keluar masuk lagi,database lagi lain dan macam-macam lagilah.

Masa buat bisnes utama tu,belajarlah semua ni. Fokus pada trading,besarkan team dan tambah staf. Baru boleh pertimbangkan untuk tambah cabang bisnes.

Alhamdulillah saya terselamat asbab nasihat pakcik tu. Apa khabar agaknya beliau. Semoga dirahmati Allah swt.

Jangan disebabkan pasangan,bisnes yang kita bina hancur.

Kenapa saya pilih bisnes emas dan kemudian Asmak sehingga kini sebagai bisnes utama ?

Kalau saya pilih bisnes nangka madu,saya tak mampu berkembang jauh seperti yang saya inginkan sebab masalah stok tak cukup dan hanya ada beberapa orang staf mendapat manfaat.

Tapi bila saya memilih Asmak,saya mampu beri manfaat dan peluang menjadi usahawan kepada ribuan orang di luar sana.

Takkan saya tak nak kejar saham akhirat asbab bimbingan dan peluang yang kita beri mampu berkongsi rezeki dengan orang lain ?

Mestilah saya pilih yang manakah paling memberi manfaat. Gitu.

Nak cari peluang perniagaan,carilah yang sudah :

+ Bertahan lama

+ Produk berkualiti dan berdaftar dengan KKM

+ Pakej bimbingan lengkap dari A to Z

+Produk senang jual

+ Bersistem

Macam Asmak.

Ingat,jangan tersalah langkah. Jika sedang mengalaminya,berbincanglah dari hati ke hati dengan pasangan. Jangan menyesal kemudian hari.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply