Skip to main content

Canggih belum tentu berjaya,gaya lama belum tentu gagal.

Ini kisah benar.

Tak tahulah panjang mana saya nak menulis ni,bergantung kepada apa yang masih dalam ingatan saya.

Kes 1

Brand baru menapak. Sibuk buat sistem bayar puluh ratus ribu untuk sistem dan web sahaja. Akhirnya agen dan stokis lari,brand lingkup. Sistem membuatkan agen dan stokis jatuh dan mereka beralih arah menjual benda lain.

Kes 2

Tengok orang buat sistem nak buat sistem juga. Upah web developer 5-6 angka untuk bagi nampak canggih dari brand lain. Jualan makin sendu,macam biasa mana founder nak beritahu dalam Fb. Lama-lama terpaksa mengaku sistem tu gagal.

Kadang kalau nak buat tu,buat sahaja,jangan perli orang lain. Nanti orang jadi tak suka. Jangan sindir cara orang lain.

Bila gagal kan dah malu.

Sistem tu bukannya benda yang mesti canggih manggih tu.

Asalkan ada susun atur untuk bagi semuanya teratur kira ok la.

Kami sehingga kini masih guna cara tradisional lagi.

Ramai je orang kondem,tapi peduli apa. Bisnes kita ,kita lebih tahu. Dengar boleh,tapi pertimbangkan semula. Jangan jadi orang yang mudah terpengaruh,orang buat apa semua nak buat.

Tapi peredaran masa mengajar kami untuk sentiasa memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan.

InsyaAllah kami juga akan menukar pada sistem yang lebih canggih sikit tapi bukanlah yang gempak-gempak tu. Kami cuba untuk memenuhi keperluan team sahaja.

Kepada para usahawan,tak perlu sistem yang canggih jika benda asas belum kukuh. Kukuhkan benda yang asas dulu baru upgrade kepada sistem yang lebih baik.

Bukan semua orang suka berurusan dengan robot dan perlukan masa untuk peralihan, elakkan perubahan drastik.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply