Skip to main content

Tadi tiba-tiba teringat perbualan dengan sekumpulan rakan bisnes beberapa tahun lepas.

Masa tu borak tentang engagement, like, komen di fb. Ada beberapa orang rakan kami tu like dan komen sangat tinggi tau di fb. Tapi rupanya sales sendu sangat. Dia down. Penat katanya.

Masa tu terdiam je la kan. Cuba bagi solusi kat dia.

Kemudian semua tengok kat saya.

Dah kenapa.

Rupanya mereka nak tahu prestasi bisnes dan jualan syarikat saya. Alamak.

Saya pun beritahulah sejujurnya.

“Mak aih, fb biasa – biasa, like sikit, komen pun tak banyak tapi sales tinggi sangat ”

Mereka sangat terkejut. Huhu.

Lalu seorang lagi kawan berkata ” itu maknanya kau ni orang sales. Orang sales memang macam tu. Dia tau buat duit je. Dia ada strategi dia. Fb tu cuma sebahagian je dari marketing dia, tapi sebenarnya kau tak bergantung sangat”

Saya pun hanya mengakui dan bagitahu yang saya memang tak kejar sangat personal branding. Tapi saya tak tinggal atau hentikan. Saya cuba tapi banyak lagi benda lain lagi saya buat sebenarnya. Bukan duk menulis je kat fb. Tapi takkanlah semua nak cerita. Dan memang tak ada masa sangat pun nak mengarang. 😅 Masa dah habis buat kerja yang lebih berkualiti.

Weh la.. Kalau dah sibuk dengan bisnes mana nak ada masa nak buat personal branding dan menulis banyak – banyak. Sikit-sikit bolehlah.

Sebab orang sales dia banyak buat kerja belakang tabir. Nak post kat fb pun tak sempat.

Tapi time lapang, ha.. Marathon dia bagi. Penuh post dia je. 😅

Tapi kalau anda baru nak naik, gunakan fb sebaik mungkin ok. Cuma janganlah bergantung selamanya. Belajar jadi orang sales supaya nanti bila kau sakit ke, kau tak bukak fb terus ke, akaun company kau terus masyuk hari-hari. Takkan nak update fb sampai ke tua.

Kita mesti ada personal goal setting jugak kan. Kena seimbang dunia akhirat, barulah dikira berjaya.

Begitulah ceritanya.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply