Dah berapa kali mesyuarat mereka uruskan sendiri tanpa kehadiran saya mahupun boss Mohd Selodi Md Ghazali.
Saya hanya pantau sahaja dan betulkan apa yang perlu.
Mereka bukanlah yang terbaik.
Saya sendiri bukan yang terbaik.
Tapi saya nampak usaha mereka untuk jadi yang terbaik.
Saya nampak kegigihan mereka untuk menyumbangkan pada syarikat.
Kami di sini kekurangan dari segi pembangunan diri, modal insan dan kemahiran .
Kami kena usahakan sendiri.
Maklumlah perusahaan kecil ini di sebuah pinggir bandar kecil dan jauh dari ibu kota dan bandar besar yang mana banyak peluang pembangunan diri, modal insan dan kemahiran.
Berikan kami masa ye.
Terima kasih Allah atas anugerah dikelilingi mereka yang baik-baik. Tak pernah tak bersyukur. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah swt. Segalanya atas izin Dia.
Kita tak hebat, yang bagi nampak hebat pun Dia.
Jangan pernah kita membelakangi Dia walau hakikat iman itu sentiasa berbolak balik. Sentiasa pergi ke landasan yang betul untuk audit, edit dan refleksi diri.
Terima kasih team staf HQ atas segala usaha.
Terima kasih team stokis dan agen yang terus setia bersama kami. Kami amat menghargai kesetiaan dan kesabaran kalian.
Kita saling memerlukan.
#Asmak5Year #Since2015 #Asmak #MenjadikanHidupLebihBaik #WeAreFamily