Skip to main content

Jadikan bisnes sebagai medan dakwah dan medan ibadah. Insyaallah hati tenang, hidup bahagia.

Walaupun untung kecil tetaplah bayar zakat dan bersedekah serta berbuat baik.

Jangan asal boleh.

Berapa ramai hari ni berjaya buat sales banyak tapi :

1. Sendiri tak menutup aurat
2. Asyik post muka sendiri je kerap
3. Guna testimoni menipu
4. Guna gambar tak menutup aurat dengan sempurna
5. Jual produk yang tak memberi manfaat malah merosakkan lagi kesihatan orang lain dan tak berguna.

Sepatutnya kita, sebelum berbisnes tanya diri kita,

Apa manfaat bisnes aku ini pada hidup orang lain?

Ada kelulusan ke tidak? Berdaftar dengan KKM atau KPDNKK atau tidak?
Owner ikut law ke tak?

Berapa ramai ambil mudah benda macam ni?
Pernah tak semak setiap 1 sen yang kita dapat tu dari jualan yang macam mana?

Jangan asal barang jadi duit kalau tak menepati undang – undang negara.

Di dunia jual produk tak berdaftar boleh dikenakan denda minimum RM25k, di akhirat pun boleh kena ye sebab kewajipan kita adalah mengikut peraturan yang ditetapkan.

Ada orang selalu pertikaikan undang – undang dunia, dia tak tahu banyak undang – undang dunia hampir selari dengan undang – undang akhirat.

Please, jangan ambil mudah.

Atau hidup tersiksa di sini atau di sana.

Pilihan di tangan anda.

Siapa pilih sebelah kanan kasi love sikit.

Nfam,
Tak sempurna tapi akan terus berusaha untuk sempurnakan. Self reminder.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply