Skip to main content
Lebih kurang 5 tahun lepas, suami kata ada kawan dia datang bawa anak dia nak rekemen untuk kerja.
Suami kenal baik sebab dulu diorang sama-sama geng drebar bas Mara.
Saya pun interview la dia. Dan terima masuk kerja. Bagus orangnya,boleh buat kerja.
Ingat lagi dia cakap “saya boleh buat apa- apa kerja asalkan puan ajar saya”. Lebih kurang macam tu la.
Sekarang dia salah seorang staf senior dalam
company yang banyak pengalaman dan kemahiran.
Apa yang saya tengok dia sangat rapat dengan orang tuanya dan selalu memenuhi permintaan mereka. Seorang anak yang baik.
Pagi tadi dapat perkhabaran ayahnya telah meninggal dunia.
Nrma Lianaatika bertuah sebab berjasa pada orang tua sehingga ke akhir hayatnya. Dah pesan,setiap kali sedih dan teringat sedekah Yasin dan Al Fatihah serta doa.
Memang kehilangan insan tersayang itu amatlah berat ujiannya. Hanya yang pernah alami sahaja akan faham.
Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Amin

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply