Skip to main content

Sebaik sahaja diisytiharkan 3 negeri sahaja tak terlibat dengan PKPB,antara benda yang kami fikir ialah,nanti nak pergi mana ye?
Nampak sangatlah suka berjalan sana sini.
Sebenarnya kebanyakan berjalan tu sambil buat kerja.
Boleh kira dengan jari yang mana je betul-betul bercuti. Anak-anak pun dah mula faham.
“Perlis bolehlah zon hijau,negeri kecik je penduduk tak ramai. ”
Ada orang kata.
” Eh,mana ada macam tu,sebab Pahang pun tak kena walaupun dia negeri terbesar di Semenanjung dan penduduk ramai”
Kesimpulannya kalau nak kena tu kadang tak kira saiz negeri atau jumlah penduduk pun.
Semoga Pahang terus jadi zon hijau dan negeri-negeri lain cepat-cepat jadi zero kes juga.Amin
Sebenarnya lokasi kali ni dah lama saya teringin nak pergi tapi tak diendahkan. Sedih kan. 😅
Tapi tak sangka tiba-tiba encik suami ajak pula ke sini,Taman Negara Kuala Tahan yang dah lama teringin nak pergi tu.
Maka kami pun bersiaplah pagi Ahad tu untuk ke sana.
Jauh juga perjalanannya tu dan akhirnya bila sampai,lengang juga,orang tak ramai. Sunyi juga,tapi bukan tak ada langsung.
Encik suami macam biasa berlegar beli-beli makanan macam goreng pisang sambil dapatkan info dari makcik yang jual tu. Kemudian dia sambung pergi ke tandas dan borak dengan pakcik yang lepak dekat dengan tandas tu pulak.
Saya pula awal-awal dah Google macam-macam,tapi percayalah,kadang strategi encik suami tu lagi dapat info yang tepat lagi jitu. Hehe
Akhirnya kami pun ambil keputusan untuk ke Canopy Walkway dulu. Sebelum tu kena naik bot dulu ke jeti untuk dapatkan premit. Seberang ke sana dikenakan tambang RM1 sahaja seorang,dekat sangat.
Bila sampai,kita tunggu di bawah,dan suami je naik dapatkan premit.
Dari info pakcik tu,nak jalan kaki boleh,dalam 20 minit jugaklah. Kalau nak cepat boleh naik bot pergi ke Canopy Walkway tu.
Kami decide jalan mudahlah kononnya. Sebab tak bersedia nak berjalan-jalan jauh bagai,dengan si baby lagi.
Air agak tinggi masa tu,mungkin sebab baru lepas hujan hari sebelumnya. Takut jugak tengok air tu nak naik bot,tapi cuba beranikan diri.
Lepas naik bot,kami pun sampai di bawah untuk ke Canopy Walkway. Sekali kena panjat tangga jugak gaiss.. haha.Adan uke
Nak jalan mudah konon,tapi tiada yang mudah pun. Akhirnya ada 2 orang yang tewas tak mampu nak meneruskan perjalanan.
Budak kecil dan baby tak boleh naik,maka naiklah saya seorang dengan seorang lagi anak.
Merasalah naik Canopy Walkway yang dikatakan yang paling tinggi dan juga yang terpanjang di dunia. Jarak keseluruhan 500m dan ketinggian mencecah 50m.
Nak tahu fakta tak ?
Canopy Walkway ni dibina tanpa menggunakan sebarang paku supaya tidak mencederakan pokok-pokok besar di sini.
Jadi kalau anda ke sini,wajib cuba naik tau. Tapi kalau ada anak kecik,tak perlulah ye. Hehe.
Kecuali anda boleh tinggal mereka dengan sesiapa bolehlah naik. Ada sebab dia tak bagi bawa anak kecil,bahaya untuk mereka.
Flora dan fauna di taman negara ni dianggarkan berusia lebih dari 150 juta tahun.
Masa dekat Canopy Walkway tiba-tiba hujan,boleh tahan lebat. Maka terbantutlah aktiviti untuk ke tempat lain.
Lagipun pakcik tu cakap kalau air tengah tinggi memang banyak tempat tak boleh pergi.
Ini tempat yang anda boleh pergi kalau keadaan ok :
1. Perkampungan orang asli – Tak jauh dari tebing sungai ,masih mengekalkan cara hidup purba dan bolehlah belajar teknik menghidupkan api tanpa mancis dan menyumpit sambil kenal kehidupan mereka dengan lebih dekat.
2. Lata Berkoh – air terjun yang menarik dan cantik di sini
3. Santuari Ikan Kelah – Ikan kelah di Lubuk Tenor ni sangat banyak dan jinak tapi tak boleh memancing ye.Nak snorkeling bolehlah atau berenang.
4. Jungle Trekking
5. Gua Telinga & Gua Jinjang Pelamin – tapi nak sampai sini ambil masa 30-40 minit jugak tau.
6. Restoran terapung atas sungai
Encik suami cakap nanti datang teringin nak menginap di Mutiara Taman Negara,sebab masa dia beli permit dia nampak. Tenang je dia cakap,mesti best.
Masa borak dengan pakcik kat situ,dia cakap sekarang orang kurang datang. Sebab Taman Negara ni 95% yang datang orang luar negara. Orang kita dalam 5% je dia cakap.
Orang luar memang suka kehijauan alam dan tempat cantik macam ni. Lagipun saya rasa orang kita ramai yang tak tahu.
Lagipun aktiviti kat sini tak berapa sesuai jika ada anak kecil,kalau anak dah besar sikit ok la.
Next ingat nak cuba pergi ke Taman Negara Sungai Relau kat Kuala Lipis. Nak tengok apa yang ada. Tak tengok,tak tahu kan.
Lepaslah hajat nak ke Taman Negara Kuala Tahan. Insyaallah lain kali kita rancang betul -betul. Biar kena dengan masa.
Nanti kalau dah habis PKPB,jemputlah datang ye.
Pahang ni macam-macam ada.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply