Aku copy kisah benar ni sebab dah lama sangat tak sharing pasal ni.
Letih la tgk musim orang sakit ramai-ramai kembali balik dengan rancak
+++++++++
Baru-baru ini saya berjumpa dengan salah seorang individu yang menguruskan salah satu projek saya. Sudah bertahun juga saya bekerjasama dengan beliau. Masih saya ingat, waktu pertemuan kami sebelum ini, beliau asyik batuk sahaja.
Beliau beritahu, batuk itu sudah lama. Bila diteliti semula, masalah kesihatan itu bermula selepas beliau mengambil suntikan vaksin. Sejak itu, beliau kerap jatuh sakit, dan batuk pula yang paling lama berlarutan. Sudah bermacam-macam ubat dicuba, tetapi tetap tidak berkesan.
Saya ini jenis terus-terang, jadi saya pun berikan sahaja pandangan saya tentang kesan vaksin dan berkongsi cerita tentang ramai yang mengalami keadaan serupa. Saya beri beliau satu unit set detoks dan minta beliau habiskan. Saya tidak follow-up selepas itu kerana kami jarang berjumpa — mesyuarat bulanan pun saya serahkan pada pasukan saya untuk uruskan.
Baru-baru ini, saya terserempak dengan beliau lagi. Tanpa diduga, beliau pun mula bercerita:
“Puan tahu tak, batuk saya yang lama hari tu… lepas saya habiskan set detoks tu, Alhamdulillah saya dah tak batuk. Sampai sekarang masih okey.”
“Asalnya saya tak perasan, puan. Tapi tukang gunting rambut saya tegur — ‘You tak batuk dah sekarang ya?’ Baru saya sedar. Lepas saya habis makan set tu, saya rasa makin sihat dan batuk pun dah hilang. Sekarang saya makin faham perjuangan puan. Memang betul apa yang puan buat.”
Saya tak tahu nak jawab apa selain daripada, “Alhamdulillah.” Dan saya sampaikan kepada beliau:
“Sebab itulah saya tak boleh berhenti daripada buat apa yang saya sedang usahakan sekarang.”
Saya tidak sanggup melihat masyarakat terus diperdaya oleh golongan yang kononnya paling saintifik dan moden, sedangkan apa yang mereka bawa sebenarnya mendatangkan kemudaratan.
Dan apabila orang ramai mula sedar, apakah solusi yang saya ada untuk ditawarkan kepada mereka? Ya — set detoks inilah salah satu ikhtiarnya. Kalau mereka tidak mampu, saya tetap ajar cara percuma kepada mereka. Tuan pun tahu, dengan apa yang saya ada sekarang, memang tidak sepadan pun jika dibandingkan dengan hasil jualan set detoks ini yang keuntungannya sangat sedikit. Saya sudah ada lebih daripada itu — Allah yang beri.
Namun apa yang saya kejar adalah keberkatan. Biarlah orang nak berkata apa pun.
Cuma itulah — saya tiada tangkapan skrin atau bukti hitam putih, tetapi ini adalah kisah benar yang saya tulis semula. Identiti beliau saya rahsiakan kerana beliau seorang yang dikenali. Saya tak mahu timbul salah faham kononnya saya nak ‘menunggang’ nama sesiapa.
Gambar yang saya ada hanyalah semasa saya tunggu beliau sampai — sempat saya buat pesanan makanan masa tu. 😅
Beliau ada sebut yang beliau ingin kongsikan maklum balas dalam WhatsApp, tapi seperti biasa, saya bukan jenis yang suka meminta-minta feedback orang. Kalau ada yang nak kongsi, Alhamdulillah. Kalau tidak, pun tidak mengapa.
Saya tak paksa sesiapa untuk percaya. Badan anda, pilihan anda. Kalau mahu dibantu, kami bantu. Kalau tidak mahu, tidak mengapa — kami tak rugi apa-apa. Apa yang kami lakukan ini sekadar usaha sampingan dengan niat memudahkan dan membantu mereka yang memerlukan. Itu sahaja. 😊
📌 Nak tengok maklum balas sebelum ini? Boleh rujuk di sini:
👉 https://t.me/detoksvaksincovid
Kesimpulannya:
Aku kongsi pasal scamdemic ni sebab aku nak lebih ramai orang sedar… dan bangkit.
Bila orang mula sedar yang mereka dah terlanjur sakit lepas ambil cucuk, takkan aku nak duduk bebel dan cakap, “padan muka”?
Apa solusi yang aku boleh bagi?
Aku kongsi pengalaman — kisah orang yang dah makin sihat lepas cuba ikhtiar yang aku syorkan.
Aku tak perlu pun bersungguh-sungguh nak pertahankan macam sesetengah promoter vaksin.
Aku tak paksa orang percaya. Tak paksa orang cuba.
Tapi kalau benda tu bagus, ia akan “bercerita” sendiri. Orang akan cari.
Sebab tu aku tak boleh berhenti. Aku kena sentiasa sedia stok.
Benda yang baik, yang beri manfaat, mestilah orang akan cari.
Tapi pelik, bila cerita pasal benda yang buruk — macam vaksin dan kesan jangka panjangnya — pun orang tetap bercerita,
tapi ada pula pihak yang tak boleh terima.
Nampak tak beza dia kat situ?





