Bila En Zoll mendakwa ada HIV dalam vaksin tertentu ramai melompat berbanding mencari info. Sebab itu kata; tubuhkan saja suruhanjaya bebas yang telus & amanah untuk siasat segala berkaitan vaksin & yang terlibat – dedahkan pada masyarakat. Setakat ni info;

Makin lama makin jelas…

Sesuatu yang kononnya untuk “lindungi umat manusia” — hari ini makin banyak cerita hitam terbongkar.

Terbaru?

Kaitannya dengan HIV. Ya, HIV.

Penyakit yang selama ini jadi mimpi ngeri manusia…

Sekarang secara senyap, dikaitkan dengan vaksin yang selama ini dipromosi siang malam tanpa henti.

 

  1. Bukan Fitnah – Ini Laporan Dari Universiti Queensland Sendiri

Pada tahun 2020, Universiti Queensland di Australia hentikan pembangunan vaksin COVID-19 lepas berlaku sesuatu yang pelik:

Peserta kajian klinikal tunjuk keputusan positif palsu HIV!

Rupa-rupanya vaksin itu guna teknologi molecular clamp yang ada fragmen protein HIV gp41.

Tak sebabkan jangkitan katanya…

Tapi soalnya:

Kenapa guna komponen HIV dalam vaksin COVID?

Kenapa rakyat tak tahu benda ini dari awal?

(Sumber: science.org)

 

  1. Kajian Weill Cornell: Vaksin mRNA Boleh Aktifkan HIV Yang ‘Tidur’ Dalam Badan

Kajian Ini Bukan Dari Blog Sembarangan.

  • Diterbitkan oleh institusi perubatan ternama — Weill Cornell Medicine.Mereka mendapati, vaksin mRNA boleh “kejutkan” virus HIV yang tersembunyi dalam badan penghidap.

Maksudnya?

  • Siapa yang dah ada virus tapi tak aktif ; berisiko virus itu hidup balik lepas vaksin.

(Sumber: news.weill.cornell.edu)

 

  1. Vaksin Guna Vektor Adenovirus Pun Pernah Dikaitkan Dengan Risiko HIV

Ada lagi satu jenis vaksin, guna vektor Adenovirus-5 (Ad5).

  • Dalam kajian terdahulu, vektor ni pernah dikaitkan dengan peningkatan risiko HIV.

Ini bukan main-main — ni jurnal sahih. Dan ya, ada vaksin COVID yang guna vektor ni dalam fasa awal.

Jadi bila sekarang tiba-tiba kes HIV meningkat secara luar biasa, jangan pelik kenapa ramai mula kaitkan semula dengan vaksin.

(Sumber: ncbi.nlm.nih.gov)

  1. Bila Kita Tanya, Kita Dicap Anti. Tapi Bila Fakta Muncul, Masing-Masing Diam.

Dulu bila kami tanya:

  • “Apa kandungan sebenar vaksin ni?”
  • “Kenapa terlalu cepat diluluskan?”
  • “Ada tak kesan jangka panjang?”

Kami terus kena sembur:

  • Anti-vaksin.
  • Penyebar hoax.
  • Konspirasi.

Tapi hari ni bila kes macam ni terbongkar satu-satu ;

Yang dulunya mulut bising…terus jadi bisu. Mana suara kau sekarang? Kalau setakat nak putar alam baik berhenti sahaja.

 

  1. Jangan Tunggu Jadi Mangsa Baru Nak Percaya

Sekarang baru permulaan. Masih banyak benda yang belum terdedah.

Tapi satu saja aku nak pesan:

Jangan biar diri dan anak-anak kau jadi eksperimen seterusnya.

Bila kau dah tahu ada kaitan dengan HIV ;

  • Masih kau nak redha cucuk masuk ke dalam tubuh yang Allah ciptakan sempurna?

Tak salah kalau dulu kau tak tahu. Tapi kalau dah tahu, masih nak pertahan, itu namanya zalim..!!

 

  1. Yang kita minta bukan sensasi.

Yang kita tuntut cuma satu – KEBENARAN..!!

Dan bila kebenaran itu muncul…

jangan pura-pura tak nampak.

 

DISCLAIMER : Ini info yang dijumpai bila dibuat carian tentang isu ini. Kajian dan siasatan yang lebih mendalam diperlukan. Amatlah dialukan pencerahan dari pihak berkenaan isu ini. Rakyat mahukan info yang benar kerana terlalu banyak persoalan.

 

#VaksinDanHIV

#AnakBukanEksperimen

#CelikSebelumTerlambat

#sharingbynfam #awaken

 

 

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply