Skip to main content
Resepi sate sihat
Jom sediakan sate ayam pedas ini untuk geng if hari ni. Mudah untuk disediakan dan mengenyangkan ,sate adalah pilihan tanpa diragui sesuai untuk semua orang. Tapi kali ni kita buat versi pedas dan tidak muak .
BahanĀ² yang diperlukan
1. 600g peha ayam dipotong menjadi kepingan berukuran 3cm
2. 1 sudu makan minyak zaitun
3. 2 ulas bawang putih, ditumbuk
4. 2 sudu makan cili flake
5. 1 sudu makan jus limau nipis
6. 2 sudu teh paprika
7. 1 sudu teh jintan putih
8. 1/2 sudu teh oregano
9. Iimau nipis dan daun ketumbar untuk membangkitkan lagi rasa.
10. Madu atau stevia untuk rasa manis sikit.
Cara-cara
1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk besar. Tutup dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit untuk marinate. Tusuk pada lidi logam atau lidi biasa.
2. Panaskan grill barbeku atau penggorengan grill dengan api sederhana-tinggi. Masak sate, dibalik, selama 10 minit atau hingga masak sepenuhnya.
Untuk Salsa Avokado
1. 2 biji avokado masak, batu dibuang, dikupas, dicincang halus
2. 1 ulas bawang holland dihiris nipis
3. 1 cili merah panjang, biji dikeluarkan, dicincang halus
4. 1/4 cawan ketumbar dicincang kasar
5. 2 sudu makan jus limau nipis
Untuk membuat salsa avokado, campurkan avokado, bawang holland, cili, ketumbar, dan jus limau dalam mangkuk besar.
Sedia untuk dihidangkan bersama sate ayam.
Selamat mencuba.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply