Meletakkan sesuatu kesalahan pada orang lain adalah benda terakhir perlu dilakukan.
Salahkan diri sendiri dahulu sehingga boleh mengatasi sesuatu masalah, jika tak boleh memang ianya bukan dari kita.
Saya berikan contoh, kita salahkan sekolah sebab anak tak pandai.
Sila salahkan diri sendiri dulu sebab tak bantu anak kita pandai.
Contoh lain :
Salahkan anak buah bisnes tak pandai menjual.
Sepatutnya salahkan diri kita sebab tak beri ilmu yang cukup, tak training, tak coaching, tak pantau dan tak bimbing sepenuhnya.
Nampak tak?
Begitulah lebih kurang maksud saya.
Kalau di pihak kita dah buat semua tapi masalah tak selesai, itu tandanya Allah tak izinkan lagi kejayaan datang. Kena semak faktor lain pula.
Contoh lagi :
Kita dah buat macam-macam bantu anak kita, tapi rupanya dia tak jaga hubungan dia dengan Allah, manusia dan alam.
Maka pokoknya buat apa pun kembalilah kepada Dia. Jagalah yang asas insyaallah hati lebih tenang, buat apa pun menjadi.
Sekian perkongsian ringkas pagi ni.
Nfam,
Suka salahkan diri sendiri dulu sebab tahu tak sempurna.