Skip to main content

Ada orang akan rapat dengan kita hanya bila ada kepentingan itu benar.

Ada orang bila dia tak dapat apa yang dia nak,dia menjauh itu benar.

Ada orang suka bersangka buruk walaupun kita sentiasa bersangka baik itu benar.

Ada orang tak suka seseorang tanpa sebab pun benar.

Banyak lagi benda benar yang mana pahit ditelan,tapi itulah hakikat kehidupan kita sebagai manusia.

Buat baik belum tentu dibalas baik,dibalas buruk lagi ada kadang. Tapi kita perlu percaya,bila buat baik,jangan harapkan balasan,dan biasanya Allah yang balas pada kita melalui orang lain. Kalau orang berkenaan yang balas,Alhamdulillah,itu tandanya dia sangat menghargai dan kenang budi.

Kita kadang tak harap balasan,cukuplah jangan diberi bunga dibalas tahi.

Kisah benar sendiri,

Ajak jumpa beriya,untuk ajak kita buat bisnes. Macam-macam offer. Awal-awal kita dah maklumkan,ini bisnes sampingan sahaja,kami akan cuba lajukan tapi tak janji. Sebab prinsip saya buat apa pun saya tak suka fokus saya pada bisnes utama terganggu. Kalau terganggu saya akan hold atau stop.

Memang tak dapat nak lajukan pun bisnes kita dengan dia,tapi kita tetap buat walaupun dia banyak songeh. Puas tegur tapi tetap banyak songeh sampai menaikkan amarah juga kadang cara dia berurusan macam dia supplier besar . Padahal baru bertatih,dengarlah suara client,ini tak,syok dengan cara sendiri.

Baru ni saja tanya khabar sebab rasa macam boleh bagi projek baru dekat dia,jawapannya dingin je,layan tak layan je dan cara jawab sombong sangat. Memang tak cakap banyak just cakap,ok maaf mengganggu,tq.

Habis cerita.

Kak,kalau terbaca percayalah,itulah whatsapp terakhir yang kita mulakan.

Bukan senang kita nak mulakan whatsapp dulu,sebab memang sejenis yang macam tu.
Saya ni asal orang yang introvert ,struggle juga nak ubah banyak benda,tapi kadang ada benda yang tak boleh nak elak terbuat juga.

Orang yang cari kita untuk kepentingan diri sendiri semata itu benar,bukan kepentingan bersama.

Nfam,
Kisah bisnes

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply