Skip to main content

Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa.

Orang nak kongsi rezeki, janganlah kita sombong untuk menolak.

Alkisah di negeri pasir berdengung. Seorang hamba Allah ni memang suka belanja-belanja orang kadang kat kedai makan, sama ada kenal atau tak.
Satu hari, masa suruh pekerja kirakan meja yang nak dibelanja (geng frontliner xx), kedengaran salah seorang berkata
” Dia siapa nak belanja kita. Kita tak kenal dia. Bla bla bla..”
Lalu si pekerja pun beritahu pada hamba Allah. Hamba Allah dah dengar sebenarnya sebab kuat si frontliner xx ni bersuara.
“Tak apa, kirakan untuk meja depan itu sahajalah” (geng frontliner xy)
Elok je geng frontliner xy terima rezeki orang nak belanja.
Kepada geng frontliner xx, janganlah sombong. Rasanya seorang itu je kot yang macam tu tapi tindakan dia boleh merosakkan nama frontliner yang lain juga.

Sejak bila kita nak bersedekah ke, nak memberi ke kena kenal dulu baru boleh terima.Janganlah sombong sangat.
Hamba Allah tu redha je walaupun nampak riak muka sedih sikit.

Kita yang dengar ni pulak yang panas. Astaghfirullah.
Tarik nafas, lepas.
Ok. Done.
Sekian kisah di negeri pasir berdengung.

Nfam,
Zaman sekarang tak perlu jadi kaya untuk berlagak. Orang biasa pun boleh berlagak. Siapalah kita untuk jadi berlagak, semuanya Allah yang punya. Dia sahaja yang Maha Hebat.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply