Skip to main content
Cerita BisnesUmum

Orang Kaya & Bahagia Susah Menununjuk Di Sosial Media

Buka fb ramai orang berebut buat cerpen yang tak tentu hala. Motif- viral
Buka IG – ramai yang berlumba tunjukkan kecantikan,kemewahan dan kebahagiaan masing-masing. Motif -viral
Buka Tiktok – ramai yang berlumba ikut trending buat itu ini,joget dan sanggup buat content sampah dan sia-sia. Motif – viral
Pernah tak tanya diri sendiri. Untuk apa sibuk nak viral ?
Kalau ianya tak memberi manfaat kepada orang lain.
Kalau ianya sampai mendedahkan aurat dan mengaibkan diri.
Kalau ianya penuh unsur negatif.
Kalau ianya sia-sia.
Untuk apa?
Menunjuk?
Dapat apa menunjuk ?
Dapat kepuasan dapat tunjuk pada satu dunia tentang kecantikan diri,kemewahan dan kebahagiaan ?
Orang yang betul-betul kaya dan bahagia biasa susah nak tunjuk dekat fb. Yang kuat sangat tunjuk biasanya orang kaya baru nak up dan orang yang sebenarnya tak bahagia sangat pun.
Bagi orang berniaga kadang mereka tunjukkan aktiviti bisnes dan bukti berniaga sebab orang biasa itulah yang mereka mampu buat. Kalau yang macam ni boleh terima lagi.
Yang saya maksudkan ni owner bisnes yang over kadang. Tindakan mereka membuatkan tanggapan masyarakat -asal owner bisnes mesti perangai negatif.
Nak berniaga jangan sampai terdesak buat bad marketing.
Nak femes memang dapat femes,tapi orang ingat anda tentang benda negatif.
Orang yang follow anda pun orang yang lebih kurang macam anda.
Orang yang cerdik akal biasa tak follow orang yang buat bad marketing ni.
So kalau target anda orang kebanyakan yang negatif,suka gosip,kurang beragama,yes anda memang berjaya letakkan umpan.
Kepada netizen,sampai bila nak leka dengan dunia tipu-tipu.
Pagi-pagi bangun layan dah dunia tipu-tipu.
Kita seharusnya gunakan untuk sebaliknya.
Mereka buat untuk lalaikan kita. Kita gunakan untuk berbisnes,untuk berdakwah,untuk sebarkan kebaikan.
Kita patahkan matlamat mereka.
Dan seharusnya pergantungan kita haruslah kepada Allah swt semata. Selebihnya kita berusaha dan berdoa supaya Allah permudahkan segala urusan.
Sesungguhnya saya bersimpati dengan manusia yang hidupnya bergantung dengan makhluk. Konon jika tiada makhluk tu hidup dia susah. Alahai. Kesian sungguh. Hidup sendiri pun nak kena bergantung dengan makhluk. Buat malu nak bergelar pejuang.
Pesanan : Status saya bersifat umum. Teguran umum sambil mengingatkan diri sendiri. Hairan juga ada orang apa saya tulis semua dia kata tuju pada dia. Kalau terkena atas batang hidung maksudnya betullah tu,jadikan pengajaran,bukan marah pada orang yang tulis. Saya kenal pelbagai orang dari pelbagai jenis manusia,bukan kenal segolongan je. Jadi kalau terasa itu masalah diri sendiri.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply