Hairan ye kadang,orang yang tak kenal kita tapi bercerita macam kenal kita bertahun. Saya pun tak kenal siapa mereka. Adeh.
Katanya saya ni tiru si polan yang baru dikenali orang tahun lepas buat program itu ini. Saya boleh je buat tak kisah. Tapi saya rasa kesian pulak dengan orang-orang naif yang merasakan diri mereka itu betul dan orang lain salah.
Saya ni orang bisnes,yang tak lekang dengan pelbagai program sejak dulu lagi. Sejak ada HQ Asmak sekitar 2015/16,kami sangat aktif anjurkan pelbagai program termasuklah family day semua tu. Belum lagi program-program lain lagi. Ini saya belum cerita program yang saya terlibat sejak memulakan bisnes 2010.
Saya bukan orang politaik yang kerja menipu orang je kebanyakannya. Saya ni orang bisnes yang buat kerja untuk dapatkan duit,kembangkan syarikat sambil sebarkan manfaat,bukan bukak tabung minta sumbangan!
Kalau kerja minta sumbangan memang senanglah hidup.
Yang kenal saya baru beberapa bulan nak menilai saya kata saya meniru orang tu dah kenapa?
Tq la sebab buat lawak of the day. 
Bolehla buat modal tersenyum dan tergelak sepanjang hari. Hehe.





