Skip to main content

“Cucu,nak pergi mana cucu”

Ha,memang biasa dengarlah hari-hari.Pantang dia nampak kelibat anak laju menegur tau.

Hari tu saya cerita tentang jiran saya sebelah kiri yang suka bagi makanan dan kami selalu bertukar-tukar. Macam kita duduk kat kampung dulu.Hehe

Ini pula jiran sebelah kanan tau.Baik sangat. Awal-awal sampai dia dah tegur dah.Ramah dan banyak bagi tip untuk kami yang baru pindah sini tahun lepas.

Alkisahnya dengan jiran sebelah kiri.Mula-mula sampai kami bagi salam dia terus masuk dalam rumah.

Suami kata “sombongnya ”

Saya kata “dia tak dengarlah tu.Bersangka baik”

Lepas tu bila terserempak dia masam muka je.

“Saya rasa mata dia tak berapa nampaklah,tak apa,nanti kita bagilah makanan ke kat dia,mungkin juga dia takut dengan orang baru”

Macam-macam spekulasi timbul. Hehe

Maka bermulalah episod cuba menawan hati jiran. Tapi taklah beriya pun maklumlah sibuk kan.Sambil-sambil je.

Sejak itu ,barulah terbukti,jiran kami tu baik sangat. Sangat baik,ambil berat ,terharu kadang. Nampak baju anak nak basah dia tolong ambil sidai dekat rumah dia. Tolong ambilkan barang dengan posmen.Hantar makanan sedap-sedap.Eh banyak lagilah.

Jadi terhapuslah sangkaan saya yang berjiran dengan orang bandar semuanya sombong seperti yang orang selalu duk cerita.

Berbalik pada tajuk post ni.

Auntie duk panggil anak macam biasa.

Dia tanya suami ” Anak berapa orang ”

Dia tahu je sebelum ni,tapi sebab dia dah tua,saya rasa dia ingat-ingat lupa.

Sebaik dia dah pasti 6 orang,dia pun bagilah angpau.

Dalam hati kata,ini tak RM2 mungkin dalam RM5. Eh,sempat lagi daku terfikir macam tu.Padahal tak penting nilai tu,yang penting keikhlasan dia tu.Dahlah duk bagi limau berkotak jugak.

Sekali anak masuk dalam rumah bukak,Masyaallah ,RM30 satu sampul dia bagi.Anak 6 orang,semua sekali RM180 .Allah,bagi saya satu jumlah yang besar jugak.Sebab dia dah tua,tak kerja,harap anak-anak,tapi sanggup bagi banyak tu. Allah,terharu saya dibuatnya.

Saya selalu percaya, kalau kita selalu cuba buat baik, insyaallah kita selalu akan jumpa orang – orang yang baik. Urusan kita juga sentiasa dipermudahkan.

Ustaz kata petanda hidup yang berkat juga.

Semoga kita konsisten berusaha jadi yang terbaik sentiasa. ❤️

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply