Skip to main content
Cerita BisnesUncategorized

Pengalaman 16 Individu Yang Membesar di Felda

By November 8, 2017August 19th, 2019No Comments

600

Sebelah kiri tu buku berkenaan “pengalaman 16 individu yang membesar di Felda dengan segala bentuk kepayahan yang tidak mampu lagi digambarkan generasi muda hari ini “. Tengok di ruangan komen untuk info lanjut.
Sebagai anak Felda,dah tentulah saya teruja sebab nak jadikan inspirasi.
Buku kedua berkenaan salah faham,mitos dan isu semasa dalam perubatan.Untuk dapat gambaran tentang buku boleh lihat ruangan komen.
Saya tak kisah dengan segelintir masyarakat dan bijak pandai yang nak skeptikal dengan pengeluar,pengasas,penjual mahupun pengguna produk kesihatan.
Setiap benda ada pro dan kontra.Saya suka melihat sesuatu dari pelbagai sisi.Dan suka meraikan perbezaan pendapat.
Selalu saya tegaskan pada agen,usah tolak perubatan sains 100%.Cuma kurangkan kebergantungan setakat yang mampu
dengan amalkan gaya hidup sihat.Bukan demam sikit,selesema sikit,batuk sikit ke klinik je.Sebab saya ada pengalaman masa muda dulu,asal anak sakit suami ke klinik.Dan saya dapati daya ketahanan dia semakin lemah.
Sejak itulah saya mulakan kajian- la sangat ,tentang amalan pemakanan untuk sihat.Saya banyakkan bahan rujukan dan bacaan serta ambil tahu dari sudut sains juga.Alhamdulillah anak semakin sihat,dan kami masih ke hospital atau klinik bila perlu.
Mesej saya ialah,bersederhana dalam apa jua.Amalkan produk biar jangan sampai tolak terus perubatan sains.Ini kerana produk kesihatan hanyalah sebagai alternatif sahaja,bukan penyembuh.Ia hanya akan mengurangkan
simptom,gejala dan melegakan.
Anda masih perlu berjumpa doktor jika penyakit berlarutan.
Saya sendiri,jika anak demam lebih 3-5 hari,saya akan bawa berjumpa doktor.
Tetapi sejak amalkan gaya hidup yang lebih sihat berbanding dulu,walaupun masih belum seperti yang saya nak sepenuhnya,keluarga kami dah jarang ke klinik atau hospital,tapi kami tak pula menolak.Kami masih berjumpa doktor bila perlu dan mendengar saranan mereka.
Cuma bila ada ubat yang perlu konsisten,kami cuba mencari alternatif,dengan nasihat dari yang pakar.
Jaga pemakanan,jaga perut,amalkan senaman dan gaya hidup sihat,insyaAllah anda akan #Sihat.
Berdoa selalu kepada Allah.
Semua dengan izin Allah.Janganlah pula cop kami ni penunggang agama.Dan tak semua yang terlibat dengan produk kesihatan ni mementingkan keuntungan sehingga mengenepikan keselamatan pengguna.Kami pun guna produk yang dijual,dah tentu kami pun nak umur panjang juga. 😄
Kami sentiasa memantau produk dari semasa ke semasa dan meningkatkan kualiti dan “upgrade” apa yang boleh dari semasa ke semasa.
Kami juga komited untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.Dan proses itu terus berjalan.Tidak ada bayi yang lahir terus boleh berjalan.Betul?

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply