Masa tengah suka, semuanya baik belaka.
Bila dah tak suka, habis diburukkannya kita.
Perlu ke kita burukkan orang yang pernah berkongsi rezeki dengan kita sedangkan kita yang buat hal dengan dia.
Gaiss..
Manusia berhati busuk ni buatlah baik macam mana pun, tetap dia balas buruk pada kita.
Jadi, kebaikan kita itu lebih baik disalurkan pada orang lain yang lebih menghargai kita.
Jangan amal benda di bawah ni ye.
1. Masa kerja, semua baik sahaja, bila berhenti semua jadi buruk. Menipu syarikat, seleweng, tapi majikan simpan aib. Tapi diburukkan produk kita tiruan.
2. Masa jadi stokis jual produk A, semuanya bagus, founder bagus, mengaku copy paste cara founder untuk berjaya, tapi bila dah stop burukkan founder dan mengaku selama ni rupanya zero ilmu. Lalu mengundanglah bawangers komen. Akhirnya masin mulut terpaksa mula dari zero dan tak berjaya lagi lepas tu.
Kadang kita punya tuah tu dekat jenama A, bila buat jenama B tak jadi. Tuah tu kadang datang sekali je.
Jangan ingat kita hebat sekarang sebab kita memang hebat, tapi kita tak tahu keberkatan yang ada dalam sesuatu bisnes.
Kalau berkat, sikit terasa cukup. Banyak senang memberi.
Bila tak berkat, banyak pun tak pernah cukup. Terasa sukar nak memberi.
Begitulah ceritanya.
Nfam,
Pengalaman itu mematangkan.