Skip to main content
Keluarga

Percutian di A Famosa Melaka Resort

PERCUTIAN DI A FAMOSA MELAKA RESORT

Kami menyewa di Condo Savoy sebab percutian kali ni bawa family adik ipar yang ada anak 7 orang.Ingat tak yang saya pernah post saya ke rumah dia berbuka puasa di rumah flat yang sempit tu. Lama dah niat nak bawak mereka ni bercuti, kali ni baru berkesempatan.Adik ipar saya ni jenis tak kisah pun baju raya tak sedondon ke, dia relaks je. Gambar sekeluarga pun tak tahu la ada ke tak. Facebook pun tak ada.
Tapi yang penting, BAHAGIA kan? 

Boleh dikatakan tak pernah bercuti dan anak-anak tak pernah duduk hotel.Pernah datang ke Melaka tapi duit tak cukup anak nak main beca dan tumpang dengan orang duduk homestay . Aduh, sedih rasa. Lepas tu terus niat, takpe,nanti Mak Long bawakan ye.

Tercapai sudah. Walaupun anak sendiri tak cukup korum. Tapi dua orang kat madrasah tu dah biasa bercuti.

Kali ni raikan anak-anak saudara pula. Siapa lagi nak happy kan anak saudara kan, kalau bukan kita.

Doakan Pak Long dan Mak Long murah rezeki ye, nanti kita ke Langkawi atau Sabah pulak. 

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply