Umum

Post gambar binatang je selamat kan.

Post gambar binatang je la selamat kan
Rindu kat budak 2 ekor ni.
Duduk la dulu korang kat kampung tu. Hari tu bawa balik diorang ke kampung sebab duk sana sekejap masa kaki mak baru berlubang sebab kencing manis tu.
Nak bawak balik sini takut ada pergi mana2 nanti tak ada orang nak tengok kan.
Selalu upah jiran tolong jaga kadang bila out station atau travel.
Tapi malas nak susahkan dia.
Rindu dengan telatah diorang. Masa duk sini pagi2 lagi aku dah terpacak kat depan diorang tengok ragam diorang lama2 pun tak bosan. Bila penat pun sama pergi uruskan diorang. Memang jaga pet ni terapi sebenarnya.
Lebih baik tengok ragam binatang dari manusia kadang.
Nampak je kita nak datang bagi makan dia punya suka.
Kalaulah dia boleh cakap mungkin dia akan cakap “ terima kasih “ agaknya.
Berapa ramai manusia yang boleh bercakap terima kasih tapi berat nak ucap.
Orang yang dah biasa bersyukur dengan Allah je jenis mudah ucap terima kasih sebagai penghargaan pada manusia lain.
Dah aku ni nak cerita pasal pet ke apa ni😂
Ok la sebelum meleret panjang lagi.
Post sebagai tanda kenangan.
Rindu Si Gendut dan Si Gemuk.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply