Keluarga

Raya 2024.

Kita up la gambar sebagai bukti dah beraya hari ni.
Nanti orang ingat kita geng puasa pulak yang tak sambut hari raya hari ni 😂
Gurau je. Tak nak masuk campur bab tu sebab kekurangan info tak sempat nak kaji.
Semoga Allah sentiasa tunjukkan jalan yang benar buat kita 🤲
Hidup makin keras gaiss
Tapi yang penting hari ni kita semua cuba hadirkan rasa gembira meraikan hari kemenangan yang Allah anugerahkan buat kita.
Raya kali ni bermakna sangat sebab kami bekerjasama sekeluarga sediakan juadah hari raya dan mak jadi pemerhati je. Sebelum ni mak yang paling sibuk di dapur tapi sejak kaki dia berlubang sebab kencing manis dia tak dapat aktif sangat.
Sejarah juga sebab berjaya bab hidupkan hampir semua amalan sunat Aidilfitri cara nabi yang sebelum ni tak semua dapat dilaksanakan.
Share ni bukan nak kata baik sangat ke apa,sekadar nak bagi inspirasi kat kalian semua kot sempat planning lebih awal untuk tahun depan.
Sesungguhnya kita semua adalah pendosa termasuklah saya sendiri.
Oleh itu saya nak memohon buat semua yang mengenali kami,jika ada salah dan silap harap dimaafi.
Inilah keluarga besar tapi kecil kami sebab saya 2 beradik je,ayah pun dah tak ada.
Saya dah jarang sangat post gambar sendiri atau famili sejak kebelakangan ni,tapi insyaallah setahun sekali tak salah kan.
Nanti kita up tahun depan pulak ye Insyaallah.
Semoga ketemu lagi Ramadan dan Syawal tahun depan🤲
Selamat hari raya Aidilfitri korang
Maaf zahir dan batin dari kami semua insan kerdil yang menumpang di bumi Tuhan
Nfam,
Dari dulu,kini dan selamanya sambut sederhana sebab tak reti nak sambut selain sederhana

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply