Ini 6 Perkara Yang Ramai Tak Sedar Tentangnya
Majoriti yang ambil vaksin tu sebenarnya… bukan provaksin.
Mereka bukan pun penyokong tegar.
Mereka cuma… ikut.
Ikut arus. Ikut arahan. Ikut sebab semua orang buat.
Atau… terpaksa ikut sebab takut hilang kerja, takut tidak boleh rentas daerah, takut tidak boleh ke sekolah.
Mereka tidak salah sepenuhnya.
Mereka cuma tidak tahu dan terlepas pandang perkara penting macam ini.
Dan bila seseorang tidak tahu, dia akan pegang apa sahaja yang disogok; walaupun pahit, walaupun berisiko.
Asalkan boleh “hidup normal” balik. Asalkan tidak kena kecam. Asalkan tidak rasa bersalah.
Tapi syukur… makin ramai dah mula celik.
Makin ramai dah mula persoal.
“Kenapa dah ambil, tapi masih boleh sakit?”
“Kenapa makin ramai yang sakit pelik-pelik lepas itu?”
“Kenapa statistik tidak pernah jelas?”
Soalan-soalan ini yang akhirnya membuka mata.
Provaksin sebenar; bukan yang ikut. Tapi yang taksub.
Yang bila kita cakap pasal kesan buruk, dia naik angin.
Yang bila kita kongsikan pengalaman anak sendiri, dia kata kita menipu.
Yang bila kita kata nak pilih cara semula jadi; dia gelakkan.
Yang mempromosikan vaksin siang malam, tapi bila kita persoal; terus sekat (block).
Bezakan antara orang yang ambil sebab tidak tahu… dan orang yang sengaja tidak mahu tahu.
Yang pertama, bila dia sedar, dia insaf.
Yang kedua, bila dia dengar… dia lawan.
Dan sekarang, kita dah mula nampak;
Yang ambil vaksin tapi akhirnya jadi penentang… lebih ramai daripada yang kita sangka.
Mereka pernah jadi mangsa. Tapi hari ini mereka telah bangkit.
Dan mereka tidak akan biar orang lain ulang kesilapan yang sama.





