Skip to main content

Psikologi di Sebalik Kenapa Orang Mudah Percaya atau Menolak Sesuatu Isu

 

Minggu ini saya ingin selitkan ulasan isu dari sudut psikologi. Sebelum ada lagi yang mengatakan saya pandai-pandai sendiri, saya beritahu awal-awal bahawa sebelum menjadi tenaga pengajar dalam bidang psikologi, subjek ini adalah antara yang wajib saya pelajari. Selepas itu pun saya terus belajar sehingga sekarang. Jadi, tidak perlulah terlalu cepat membuat penilaian.

Pernahkah kita tertanya-tanya, mengapa ada orang yang bermati-matian memegang satu pendapat walaupun bukti di depan mata jelas bercanggah?
Itulah kerja minda kita; dan psikologi mempunyai jawapannya.


1. Bias Pengesahan (Confirmation Bias)

 

Otak manusia cenderung mencari bukti yang menyokong apa yang telah dipercayai, dan menolak bukti yang bercanggah.

Contoh: Jika seseorang percaya vaksin selamat, dia akan mencari berita dan doktor yang mengatakan ia selamat sahaja. Jika seseorang percaya vaksin berbahaya, dia akan mencari kajian dan kisah mangsa sahaja.

Golongan yang bijak akan mencari kedua-dua sumber, membuat kajian mendalam, membandingkan maklumat, dan mengaitkannya dengan pengalaman serta ilmu sedia ada.


2. Kesan Kumpulan (Groupthink)

 

Manusia cenderung mengikut majoriti dalam kumpulannya kerana ingin berasa “selamat” dan “diterima”.

Oleh sebab itu, ramai yang memilih untuk mengikut pendapat rakan, keluarga, atau komuniti walaupun dalam hati ada rasa ragu. Hal ini juga menyebabkan ramai sangat yang takut digelar “antivaksin” kerana bimbang terkeluar daripada kumpulan dan dipandang hina.


3. Kognitif Dissonance

 

Apabila fakta baharu bercanggah dengan pegangan lama, otak akan berasa tidak selesa.

Ramai orang memilih untuk menolak fakta baharu tersebut supaya hati berasa tenang, walaupun itu bermakna mereka terus kekal dalam kepercayaan yang salah. Mereka lebih rela begitu.


4. Kesan Tidak Tahu Tetapi Yakin (Dunning–Kruger Effect)

 

Individu yang kurang ilmu kadangkala paling yakin bahawa dirinya betul.

Apabila pengetahuan tidak mencukupi, seseorang tidak sedar apa yang dia tidak tahu.


5. Cara Mengubah Pandangan Seseorang

 

Jika ingin mengubah pandangan seseorang, jangan terus “menembak” dengan fakta semata-mata.

Beri ruang, bina kepercayaan, dan buka pintu dialog. Kadangkala, orang tidak berubah kerana takut kehilangan identiti atau kumpulannya — bukan kerana tidak memahami fakta.

Namun, terdapat satu golongan yang saya panggil “pekat” — bukan sahaja keras pendirian, malah sentiasa mencari ruang untuk memburuk-burukkan kita supaya kita kelihatan “teruk” dan mereka sahaja yang betul, tidak pernah salah. Anda tentu tahu siapa golongan ini.


Sumber: Ditulis berdasarkan pengalaman penulis dalam bidang psikologi dan pemerhatian sosial.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply