Realiti Yang Disembunyikan: Bila Rawatan Alternatif Dijadikan Kambing Hitam

 

1. Bila semakin ramai orang sakit akibat suntikan dan ubat moden,

mereka perlu ‘alih perhatian’ supaya orang lupa cerita sebenar.

2. Jadi mulalah keluar berita:

“Seorang pesakit semakin teruk sebab tolak rawatan hospital, pilih cara alternatif.”
Seolah-olah satu dunia perlu percaya bahawa rawatan alternatiflah punca seseorang itu sakit.

3. Padahal kalau hendak bercakap tentang fakta, mari kita lihat realitinya:

  • Seorang pesakit boleh jadi sakit atau keadaannya teruk disebabkan salah cara rawatan, atau mungkin dia tidak mengikut langkah-langkah yang sepatutnya – itu memang tidak dinafikan.

  • Tetapi berjuta-juta yang jatuh sakit disebabkan ubat dan vaksin – itu adalah fakta.

4. Rujukan:

  • BMJ Open (2020): Kesan sampingan ubat moden (adverse drug reactions) adalah antara punca 5–10% kemasukan ke hospital di seluruh dunia.

  • JAMA (Journal of the American Medical Association): Merekodkan bahawa ubat dan prosedur perubatan moden adalah antara punca kematian keempat tertinggi di Amerika Syarikat – ini sudah direkodkan sebelum zaman Covid-19 lagi.

5. Jadi, tidak pelik kenapa semakin ramai orang beralih kepada rawatan fitrah, herba, homeopati, ruqyah, dan detoks.

Bukan kerana mereka ‘sesat’, tetapi kerana mereka sudah penat menjadi mangsa ubat dan suntikan.

6. Yang kelakarnya… apabila satu kes rawatan alternatif gagal atau tidak menunjukkan hasil, terus dijadikan modal propaganda.

Tetapi apabila beratus ribu pesakit masuk ICU disebabkan ubat moden, apabila semakin ramai terkena strok, sawan, dan kanser pelik-pelik selepas suntikan…
semua senyap, dan hanya dilabel sebagai ‘kebetulan’.

7. Ini adalah taktik lama.

Hanya orang yang malas berfikir sahaja yang masih terpedaya.
Orang yang celik tahu bahawa tidak semua rawatan alternatif itu betul, tetapi mereka juga tahu bahawa sistem moden juga bukanlah maksum.

8. Kalau betul rawatan alternatif ini ‘tidak berkesan’, kenapa semakin ramai dari kalangan mereka sendiri pun diam-diam berjumpa perawat alternatif?

Kalau benar vaksin dan ubat itu selamat, kenapa ramai yang dahulunya menjadi penyokong kuat juga kini senyap apabila terkena pada diri sendiri?
Jangan menjadi buta hanya kerana takut digelar yang bukan-bukan.
Yang rugi nanti bukan orang lain – diri sendiri juga yang menanggungnya.

#sharingbynfam #awaken

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply