Mengapa Mereka Tidak Akan Reda: Seruan Wahyu Di Tengah Cengkaman Sistem
Puak itu tidak akan sama sekali senang hati melihat kita berada di jalan yang benar. Tunggangan mereka ialah pelaksana-pelaksana sistem yang berjaya dijinakkan dan dikawal. Hidup seperti robot; hanya menurut apa yang diatur tanpa soal. Mereka lupa bahawa Allah telah beri peringatan yang jelas dalam wahyu-Nya:
1.
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan sekali-kali reda kepadamu sehingga engkau mengikuti agama mereka…”
Surah Al-Baqarah: 120
2.
Kadang-kadang kita sangka;
Kalau kita ikut cara mereka sedikit, mereka akan suka kita.
Dan kita fikir tidak mengapa ikut sedikit-sedikit, bukan semua pun.
3.
Kalau kita longgarkan hukum halal haram sedikit;
mereka akan puji kita.
Kalau kita tunduk pada sistem mereka;
mereka akan terima kita.
4.
Tetapi Allah telah beritahu awal-awal;
Mereka tidak akan pernah reda;
sehingga kita sanggup tinggalkan apa yang Allah turunkan.
5.
Dunia hari ini penuh dengan sistem yang disusun oleh tangan-tangan mereka;
Daripada pendidikan, hiburan, makanan, hingga ke ubat-ubatan.
Tidak salah guna ilmu mereka;
Tetapi berdosa jika kita telan bulat-bulat;
tanpa tapis dengan wahyu.
6.
Kita kata “Ini saintifik; Ini bukti; Ini fakta…”
Padahal fakta boleh dimanipulasi;
Kajian boleh dibeli;
Statistik boleh diputar belit;
Dan yang rugi — kita yang rela jadi hamba.
7.
Mereka tidak akan pernah puas;
Selagi kita tidak serahkan iman kita sedikit demi sedikit;
Selagi kita tidak tukar halal menjadi harus;
Dan yang haram menjadi perkara biasa untuk dilanggar;
Asal dapat pengiktirafan mereka.
8.
Allah sebut penawar;
“…Jika kamu mengikuti kehendak mereka setelah datang kepadamu ilmu,
maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.”
(Al-Baqarah: 120 – sambungan)
Bila kita sendiri rela tunduk;
Kita sendiri yang hilang rahmat Allah.
9.
Cukuplah wahyu sebagai pegangan;
Cukuplah sunnah sebagai panduan;
Sains, teknologi, kemajuan — semua itu hanyalah alat;
Bukan tuan untuk kita patuh membuta tuli.
Jangan letak kepercayaan pada mereka;
Lebih daripada kita percaya kepada Al-Qur’an.
10.
Kadang-kadang kita kena sedar;
Bukan semua yang nampak hebat di mata manusia;
Bagus di sisi Allah.
Jaga iman; tapis maklumat; tapis sistem;
Biar mereka tidak reda;
Asal Allah yang reda.
#sharingbynfam | #awaken





