kesihatanMakanan

Resepi Pepes Ayam.

Pepes Ayam – Hidangan istimewa dari negara jiran
Sedap dinikmati dan kaya dengan protein.
Daging ayam diperap bersama rempah dan dibalut dengan aroma daun pisang. Boleh jadi menü yang korang boleh cuba dan yang penting ini adalah menu lazy keto! 🍽️
Bahan-bahan:
– 500g daging ayam, dipotong kecil
– 2 batang serai, diketuj
– 4 helai daun limau, iris halus
– 4 helai daun salam
– 2 sudu makan air asam jawa
– 1 sudu teh garam
– Daun pisang untuk membungkus
Bahan Perencah:
– 5 biji cili merah
– 3 biji bawang merah
– 3 ulas bawang putih
– 2 cm kunyit, dipotong
– 2 cm halia , dipotong
– Garam secukup rasa
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan perencah dalam blender dan blend sehingga halus.
2. Campurkan ayam dengan bahan perencah yang telah diblend (boleh juga diblend sekali dengan perencah).
Tambahkan serai, dain limau, daun salam, air asam jawa, garam. Gaulkan rata dan perap selama 30 minit.
3. Layurkan daun pisang sebentar di atas api.
4. Ambil sehelai daun pisang, letakkan sebahagian adunan ayam di tengahnya, bungkus rapi.
5. Masak pepes ayam dalam pengukus atau panggang dengan api sedang selama 30-40 minit atau sehingga ayam masak sepenuhnya.
Selamat mencuba!

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply