Setahun yang lepas,pada masa ini saya sedang mengandung 6 bulan lebih kurang,dan ayah tiba-tiba jatuh sakit.
Memang beliau dah strok sejak 2012 lagi tapi keadaan dia stabil.
Tak boleh berjalan,tak boleh mandi sendiri,perlu pakai pampers tapi boleh guna kerusi roda dari belakang ke ruang tamu.Itulah rutin ayah.
Dia akan berehat di katilnya,dan sesekali akan datang ke ruang tamu menonton televisyen dan melihat kami ke sana ke sini. Bermain dengan cucu lebih kurang dan sesekali berborak sebab sejak dia sakit dia kurang berborak.Ingatan dia semakin merosot sejak strok.
2012 bisnes saya baru nak naik,saya bawa dia ke pusat rawatan tapi dia menolak.Sempatlah pergi beberapa kali.
Saya langsung tak tahu tentang kewujudan pusat rehabilitasi khas untuk pesakit strok. Bawah 6 bulan selepas baru kena adalah golden time gaiss..
Ingatlah,kalau ada ahli keluarga yang kena bawa ke sini cepat-cepat. Selepas 6 bulan,biasanya dah sukar nak pulih.
Ayah tak bagi kerjasama sebenarnya sebab dia putus asa. Tak salah dia juga. Dia pernah eksiden dan kakinya tak sama panjang sebab cacat sikit dan dapat claim socso sebab kecacatannya. Cabaran menjadi dua kali ganda.
Tahun lepas di saat ini ayah dah tak lalu makan.
Di sinilah episodnya bermula.
Nak abadikan penulisan ini tahun ini walaupun arwah dah pergi tahun lepas supaya ianya boleh menjadi kenangan kemudian hari.
Sebab tahun lepas saya tak update apa-apa sangat sepanjang menjaga arwah,hanya ketika keadaan dia teruk sahaja saya update sebab nak mohon doa semua. Bayangkan masih run bisnes sambil pegang phone jaga ayah dan buat macam tak ada apa-apa sebab tak nak campur hal peribadi dengan bisnes. Tuhan je tau.
Total cutikan anak dekat 3 minggu kalau campur-campur semuanya.Ada yang direct seminggu dua kali rasanya sampai anak kena perli dengan guru.
Bagi saya,anak tak pergi sekolah boleh kejar lagi pelajaran,tapi masa berharga jaga ayah ketika sakit hanya datang sekali.
Kenangan menjaga sendiri arwah bersama dengan adik dengan bantuan suami dan adik ipar adalah sesuatu yang sukar dilupakan.
Semoga arwah tenang di sana.