Nanah oh nanah.
Dari manalah kau datang banyak-banyak. Setiap kali cuci kau tak pernah habis.
Makan dah jaga. Bacaan gula dah stabil. Jumpa doktor berkala. Cuci hari-hari.
Semoga ada hikmahnya.
Sakit itu penghapus dosa buat yang melaluinya.
Dan buat penjaga yang menjaga orang sakit terutamanya ibu bapa sendiri, insyaallah ada ganjarannya.
Walaupun bukan mengharapkan ganjaran semata, cukuplah redha Allah kerana tidak mampu membalas jasa orang tua yang membesarkan kita.
Nfam,
Hargailah mereka di saat mereka ada dan teruslah berbuat baik di saat mereka tiada.