Skip to main content

Sayang Kancil ni. Sebab guna untuk pergi kerja dulu. Kereta yang pernah bagi keyakinan pada orang yang kurang selesa dengan saiz kereta lain. Kancil ni la yang banyak berjasa.
Sempatlah juga merasa bawa anak-anak pergi sekolah merangkap tempat kerja. Setakat nak ke bandar tu pun lepas.
Lepas berhenti kerja dulu dan mula bisnes sepenuh masa, saya tak bawa dah kereta sebab sepanjang masa duduk sebelah je.
Tapi kereta ni berjasa sebab sepanjang tak guna, ramai yang dapat gunakan. Alhamdulillah.
Selepas hampir 5 tahun tak bawa kereta, pagi tadi test bawak. Maklumlah kereta manual, nak kena asah skill semula 😂
Alhamdulillah, masih boleh bawa. Cuma lupa sikit je beberapa benda, tapi lepas la pergi dan balik dari Raub. 😁
Lepas dah bawa macam tu punya elok Encik suami kata eloklah nanti bawa kereta auto je senang, tak yah fikir gear semua.
Orang lelaki selalu tak yakin dengan kita orang perempuan walaupun kita ok je kan. Huhu
Kenderaan ni, kalau kita sayang dia insyaallah dia susah nak meragam. Satu lagi kalau tuan dia sayang dan jaga elok – elok insyaallah boleh pakai lama.
Rupa asal :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3650343001654021&id=100000350704948

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply