Skip to main content

Sehari sebelum PKP sempat melawat saudara yang terlibat dengan banjir.
10 hari awal tahun saya di Utara, hanya mampu mendengar khabar dari jauh tentang banjir di Pahang dan negeri lain.
Sepupu sebelah ayah saya ni di Temerloh menghala ke Maran.
Memang rumah dia pernah banjir dah sebelum ni, jadi dia selalu bersedialah jugak, antaranya macam dalam gambar tu. Mereka akan naikkan barang rumah kat bahagian atas sekali.
Rumah kayu depan ni rumah pusaka. Mereka sayang nak roboh dan setiap kali banjir akan baiki jika rosak.
Kesan banjir baru ni teruk juga.
Boleh tengok sendiri. Ini baru lepas kena cuci, ada NGO dari KL datang bersihkan lumpur.
Mini nurseri dan tanaman lain pun musnah.
Tapi paling teruk 2014,nampak bumbung je. Masa tu suami pergi melawat naik bot ke sampan,tunjuk gambar penuh air.
Sebaiknya kita cuba bantu saudara mara terdekat dulu. Kalau semua orang bantu saudara mara yang dalam kesusahan, saya yakin tak ada orang susah kat dunia ni.
Ini kadang hidup mewah, saudara susah tak dibantu.
Tapi lainlah kalau saudara tu pun susah, maka bantuan dari komunitilah yang diharapkan.
Dan jika ada rezeki lebih, selepas membantu saudara terdekat kita, bantulah orang lain pula.
Nanti nak melawat lagi lepas habis PKP ni. Insyaallah.
Saya ada banyak baju yang masih elok untuk disedekahkan. Jika ada yang memerlukan boleh PM.
Dan jika ada mangsa banjir yang masih memerlukan apa – apa bantuan juga boleh PM. Tak nak janji bulan bintang, bantu apa yang boleh sahaja.
Ke tepi ke tepi, Surfina nak lalu nak hulurkan bantuan. 😄

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply