Tanggungjawab seorang leader bukan hanya menguruskan stok dan ambil tempahan dari anak buah.
Tapi lebih dari itu.
Jika kita tak bersedia untuk membantu orang lain untuk berjaya seperti kita,jangan pernah ada anak buah.
Pastikan kejayaan milik kita dahulu.Baru kita boleh bantu orang lain.
Usah jadi tukang ambil tempahan kerana itu kerja orang sales.
Seorang leader bukan seorang salesman semata,tapi dia jugalah guru,mentor,pembimbing dan yang sewaktu dengannya.
Setiap hari tanpa henti memikirkan bagaimana lagi nak bantu anak buah.
Sanggup ikat perut dan berkorban demi anak buah.
Sanggup luangkan masa di saat kesibukan demi anak buah.
Sanggup mengajar mereka ilmu-ilmu untuk berbisnes.
Itulah seorang leader.
Jika anda ada ciri-ciri di atas,anda memang seorang leader yang bagus.
Saya ada menulis lebih lanjut tentang leadership. Siapa pernah baca pasti tahu ianya sesuatu yang sangat menarik tapi mencabar