Baru ni anak yang sekolah khas swasta dah mula ke sekolah. Tak takut sangat sebab kelas dia murid 3-4 orang je seorang cikgu,nak jaga SOP pun senang,waktu pun pendek je pagi sampai tengahari.
Esok anak-anak yang sekolah menengah dah mula patut bersekolah. Tapi hati ni rasa berat je nak hantar walaupun sekolah tu awal-awal dah declare tak ada diskriminasi apa pun pada pelajar yang tak bekcin.
Bab ni sekolah gomen yang cikgu-cikgu atau PGB pandai-pandai memaksa,mengugut pelajar untuk ambik tu tolong belajar cara nak menghormati pilihan orang lain termasuklah anak murid ye. Jangan suka-suka nak cakap nanti tak boleh sekolahlah,itu ini. Pandai-pandai je ye,saman baru tau.
Tapi yang merisaukan hati bukan sebab tu,tapi sebab dah mula dah ni kes positif walaupun sekolah tu 100% ambik bekcin,ni dah berlaku kat PPKI dan sekolah yang walaupun belum bersemuka. Ada cikgu tengah positif,ada yang dalam wad,ada yang tengah tak sedar dan meninggal pun ada. Meninggal tu dah tentu semua bukan sebab bekcin,declare siap-siap kang kena kecam. Mana boleh salahkan bekcin. Bab ada orang mati sebab ajal tu semua orang tahu. Tapi muda-muda mati sebab jantung dan penyakit yang tiba-tiba ada,yang tu serius tak faham ada orang boleh terima macam tu je.
Jadi sebagai jalan selamat,nak hantar anak awal tahun depan kot. Dan sedang mencari juga cikgu yang boleh homeschooling anak area Bentong, Gombak dan berdekatan. Kat Gombak dah dapat seorang,nak cari yang untuk ajar agama pula. Dengan kita anak-anak suka main-main. Huhu
Kalau ada boleh komen or piem eh.