Skip to main content
Keluarga

Selagi masih ada jaga sebaik mungkin.

Baru bercadang nak balik, tapi ayah pula tak sihat dan admit wad.

2 minggu tak buang air besar rupanya. Saya baru tahu semalam dan cuba bantu apa yang boleh. Adik pun berikan ubat.

Sekali dia membuang air besar banjir selimut, cadar dan 2 biji bantal sampai satu rumah berbau. Terpaksa bakar sebab memang tak boleh nak basuh.

Pertama kali seumur hidup tengok orang buang air besar sebanyak tu. Habis satu badan jangan cakap, pampers dipakai tak dapat tampung dah.

Masalah kedua dia langsung tak nak makan masuk dua hari. Hari ni hari ketiga berjaya pujuk dia makan sikit, minum milo dan nestum, itu pun tak habis.

Semoga ayah cepat sembuh dan sihat walaupun dah lama tak boleh berjalan.

Paling tidak masih ada depan mata walaupun hanya terlantar di atas katil sepanjang masa.

#Stroke #GetWellSoon #Abah

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply