“Akak buat team building untuk staf macam mana, ok diorang?”
“Ok. Kalau saya buat. Sebab saya yang tahu dan jelas dengan halatuju syarikat. Buat masa ni biar saya je la buat. Ringkas tapi bermakna.”
Antara pertanyaan yang saya pernah terima.
Syukur sudah. Selesai program team building 2018 bersama staf di Cameron Highland
Last bawa mereka keluar dari Bentong bulan 5 hari tu, meeting dekat Hotel Seri Pacific, bagi makan sedap sambil brainstorming sekali.
Ok, kita bagi reward bercuti dekat Ipoh pulak. Hari ni di The Lost World of Tambun, esok dekat Maps. Kasi refresh energy selepas berbulan sibuk di ofis.
Ada rezeki kalau capai target baru hujung tahun ni, awal tahun depan boleh ke Krabi atau Phuket.
Rezeki untuk dikongsi bersama.
Terima kasih kerana terus bersama kami. Kami harus kuatkan team staf HQ demi memberi yang terbaik kepada anda semua.