Skip to main content

Semakin pasti. Semoga Allah permudahkan kami untuk pembelian aset ini.

Demi kelancaran bisnes buat para pengedar dan manfaat buat para pengguna. Insyaallah
Perjalanan masih jauh.

Cita-cita saya nak ada kilang yang lebih besar nanti dan mampu memberi pekerjaan pada beratus orang.
Kita tak tambah rumah, tapi besarkan dulu bisnes.

Perjalanan ringkas
2010-2014 jadi stokis dan leader company orang
2015 sampai sekarang jual produk sendiri
Ceritanya 2015 tu kenapa buat sendiri sebab penat dah nak bertukar company. Tak jaga kita dan cuba sailang pun ada. Serius penat. Sebab tu baik saya bangunkan sendiri.

Jadi kalau anda dah jumpa company yang jaga anda sebaik mungkin, fokuslah buat duit sahaja. Buat bisnes trading sampai jadi. Tak perlu nak fikir pasal produk, R&D, packaging, dan macam-macam lagi yang sesungguhnya memang kena kuat betul – betul. Bukan tak boleh, tapi sangat mencabar.
Kalau dah betul-betul kuat, dan bersedia, insyaallah boleh.

Matlamat kita buat bisnes nak duit. So kalau jadi stokis dan leader dah boleh buat duit, dan company tak ada masalah, just fokus kembangkan team dan legasi. Trading pun bisnes juga. Trading pun anda boleh jadi owner bisnes juga. Bukak company semua.

Kalau nak jadi founder hari ni pun boleh. MOQ 50 pun ada kilang offer. Sebab apa dia offer rendah? Sebab dah berlambak kilang dan juga founder bersepah.
Yang susah apa? Nak menjual, nak marketing, nak buat branding, nak sustain, nak bla bla bla.

Benda ni bukan untuk kita nak title ke, nak bergaya ke or nak famous. Ia tentang tanggungjawab.
Saya sendiri lebih suka dikenali sebagai usahawan je. Tak ada title founder pun tak kisah apa-apa, yang penting bisnes jalan. 😁

Lebih suka orang kenal produk dari saya. Saya kalau orang tak kenal pun tak apa. Biar brand tak melekat kat badan owner bisnes, susah nanti.

Suka macam sekarang. Tapi saya tetap buat personal branding sebab dengan cara itu saya boleh kenal lebih ramai orang dan boleh berkongsi manfaat. ❤️

Maaf sebab selalu post mohon doa dari kalian. Sebab dari dulu saya perasan ianya memberi impak positif. Tak tahulah doa siapa yang makbul, sebab tu tak pernah jemu mohon doa ❤️

Semoga dipermudahkan kita bergerak lebih jauh bersama – sama. Amin

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply