Skip to main content

Nak tahu tak,dulu kan masa zaman remaja,sibuklah nak pakai itu ini kat muka ni. Terpengaruh dengan iklan ke rakan sebaya lupa dah.
Tapi kalau Fair&Lovely tu memang sebab iklanlah. Ingat lagi masa tu model dia Fasha Sandha,lawa kot dia tu. Jadi kita ni ingat kalau pakai boleh lawa macam dia ke apa tak tahulah kan,haha. Kuat betul berangan.
Dahlah pakai tak putih-putih pun. 😅
Masa tu kan budak lagi,manalah ada ilmu sangat pasal penjagaan kulit wajah ni.
Lepas tu saya memang suka beli majalah Remaja dan lepas dah makin meningkat nak umur 20-an suka majalah Mingguan Wanita. Fuh,banyak sangat tip dan ilmu baru saya dapat dalam tu.
Dulu kan manalah ada internet bagai ni,kalau ada pun terhadlah infonya. Jadi majalahlah rujukan kita selalunya.
Jadi untuk anda yang mungkin anggap penjagaan wajah ni remeh dan renyah,jangan risau. Amalkan rutin skincare yang mudah sahaja. Pertama jangan tinggal guna pencuci muka,jenis apa,carilah yang sesuai dengan kulit.
Lepas tu,jangan tinggal pelembap muka,sebaiknya siang dan malam. Satu lagi yang orang selalu tertinggal adalah sunscreen-inilah bapak pada punca segala masalah kulit kadang-kadang tau.😅
So,kalau anda tak pernah ada sunscreen,carilah satu ok.
Paling malas punya rutinlah ni saya share.
Ada yang malas lagi – malas nak buat tu semua? Ha boleh cuba Sabun Skrub Kopi Plus dari Asmak. Produk ni dari 2017 lagi. Pakai tipis kalau nak jadikan pencuci muka dan pakai tebal sikit kalau nak jadikan skrub muka. Banyak sangat testimoni best-best kami dapat. Yang berjerawat kulit dah licin,kulit semakin cerah dan lembut serta pelbagai kesan bagus yang lain.
Dan jika anda dah ada set skincare anda dan belum ada skrub untuk muka,bolehla cuba tau.
Sebab pakai mask,dan skrub kulit wajah ni rutin mingguan untuk penjagaan kulit wajah.
Nanti bolehlah tengok perubahan wajah sebelum dan selepas guna. InsyaAllah puas hati. 🥰
Nfam,
Tak rajin sangat tapi taklah malas sangat,alhamdulillah kulit jarang sangat buat hal,jerawat pun tak berani dekat

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply