Berani Bersuara Walau Minoriti: Kebenaran Tetap Perlu Diperjuangkan
Akhir zaman ini, semakin ramai yang memilih percaya kepada naratif palsu berbanding kebenaran. Dalam keadaan begini, kita yang tergolong dalam golongan minoriti harus terus kental dan istiqamah dalam perjuangan, walaupun berhadapan dengan pelbagai dugaan. Hidup di dunia memang memenatkan, namun di akhiratlah tempat kita bersenang lenang.
1. Ramai Orang Bertanya, “Macam Mana Nak Lawan, Kita Ini Siapa Sahaja?”
Ya, memang benar… Mereka ada televisyen, radio, pengaruh di media sosial, iklan berjuta-juta, dan bajet kempen bertahun-tahun lamanya.
Kita? Hanya ada mulut, akaun media sosial, dan sedikit ilmu.
2. Tapi Jangan Lupa, Kebenaran Tidak Perlukan Bilion Ringgit Untuk Hidup
Kebenaran hanya perlukan satu hati yang berani untuk bercakap benar, walaupun dilabel gila atau mengarut oleh masyarakat.
3. Kalau Mak Ayah Bertanya, “Apa Yang Boleh Dilakukan?”
Jawapan saya: banyak!
(1) Simpan bukti.
Jika anak mengalami kesan sampingan (AEFI), ambillah gambar, simpan rekod, dan buat laporan.
Lakukan walaupun nampak seperti tiada fungsi – tetap penting.
(2) Buka mulut.
Jangan simpan trauma seorang diri.
Tulis, ceritakan, dan kongsikan secara berhati-hati.
Ramai yang celik mata selepas membaca kisah benar, bukan sekadar ‘fakta’ yang dispin oleh mereka di media.
(3) Bangunkan komuniti.
Cari kelompok yang sedar dan berani soal.
Seorang diri, kita lemah.
Bila kita ramai, suara kita menjadi lantang.
Saya sendiri telah wujudkan beberapa kumpulan untuk komuniti yang sedar atau sedang mencari kebenaran.
Alhamdulillah, salah satu kumpulan telah mengumpulkan lebih 16,000 ahli, manakala kumpulan lain mempunyai antara 1,000–5,000+ ahli.
(4) Didik anak-anak kita.
Jangan ulang skrip sistem persekolahan.
Didik mereka mengenal fitrah: cahaya matahari, pemakanan sebenar, pergerakan fizikal, dan imuniti semula jadi.
Biar mereka membesar sebagai generasi yang berani bertanya.
(5) Buat pilihan yang berprinsip.
Jangan tunduk kerana takut disisih.
Jangan ikut arus kerana takut kehilangan ‘kawan’.
Biar orang mentertawakan kita, asalkan anak-anak kita selamat.
4. Kita Bukan Siapa-Siapa Di Mata Sistem
Tetapi di mata anak-anak, kitalah perisai terakhir mereka.
Dan biarlah Allah sahaja yang menilai suara kita – suara itu tetap dihitung walaupun tidak viral.
5. Kebenaran Itu Akan Kekal Jika Ada Yang Berani Membayar Harganya
Dan harganya kadangkala adalah dipulaukan, dijauhkan kawan, dan disindir keluarga.
Namun semua itu tidak setimpal dengan nikmat dapat menyelamatkan generasi akan datang.
Jangan takut menjadi ‘minoriti’.
Takutlah menjadi sebahagian daripada majoriti… tetapi di jalan yang salah.
Akhirnya ramai-ramai juga akan ditipu hidup-hidup.
Hidup biarlah berprinsip.
#sharingbynfam #awaken





