Kenapa Ramai Mula Persoalkan Vaksin?
“Benda boleh hentikan kitaran. Alasan kamu dahulu pun sudah pernah disuntik, jadi kenapa sekarang menjadi anti-vaksin pula?”
Sebab itu dalam Islam ada istilah tabayun – iaitu menyelidik dan mencari kebenaran. Bila sudah tahu hakikat sebenar, wajiblah kita tolak apa yang batil. Masalahnya, ramai tidak mahu ambil tahu kerana sudah berjaya dibentuk dengan naratif yang sama sejak kecil.
1. Dahulu orang percaya vaksin kerana ikut hospital.
Sekarang? Naratifnya telah pergi jauh.
Ia disuap sejak dari tadika sehinggalah ke usia tua.
2. Ia bermula dari buku teks.
Murid diajar, “vaksin itu wajib, siapa tidak cucuk membahayakan orang lain.”
Tidak ada ruang untuk menjelaskan atau bertanya:
Siapa pembuatnya? Apa kandungannya? Apa risikonya?
Mindset terus ditanam:
Kalau tidak cucuk, kamu dianggap lemah dan menyusahkan.
3. Sampai ke masjid pun sama.
Ketika musim Covid dahulu, khutbah Jumaat diulang-ulang:
“Vaksin ini tanda syukur, tanda menjaga nyawa. Jangan termakan fitnah anti-vaksin.”
Kononnya siapa yang bertanya, dia membawa dosa.
Sedangkan soalan itulah yang sepatutnya membuka mata.
4. Belum lagi dikira iklan TV, papan tanda dan poster klinik.
Semuanya memaparkan senyuman anak sihat, keluarga bahagia –
Seolah-olah syurga dunia kalau cucuk.
Yang terbaring akibat sawan, lumpuh, hilang suara – disorok!
5. Tidak cukup dengan TV? Influencer pun dipanggil untuk berkempen.
Skripnya sama:
“Saya sudah cucuk, Alhamdulillah selamat.”
Orang awam pun mengulang:
“Kalau tidak cucuk, jangan dekati kami.”
Padahal yang cucuk pun masih boleh menjangkiti dan dijangkiti.
6. Kenapa sistem bertindak begini?
Kerana mereka tahu –
Jika orang ramai mula berfikir sendiri, habislah satu bisnes.
Mereka tahu –
Bila orang mula persoalkan, kebenaran akan terdedah.
Lalu untuk menutup persoalan, mereka bentangkan ‘agama baru’:
“Vaksin itu ibadah. Menolak = berdosa.”
7. Maka lahirlah umat yang patuh tanpa berfikir.
Yang berani bertanya – disisihkan.
Yang tidak ikut – dicop sesat.
Padahal yang benar:
Tanya dahulu, baru percaya. Kena tabayun.
8. Akhir zaman ini, ‘herd mentality’ jadi ibadah baru.
Orang takut ditinggal jemaah – walau jemaah itu ramai-ramai ikut jalan salah.
Orang takut dipulau – maka rela diam, rela cucuk walau hati tidak rela.
Akhirnya, kebenaran tenggelam kerana mulut yang membawa kebenaran disumbat dengan dalil palsu.
9. Hati-hati.
Tidak semua yang diulang di TV itu benar.
Tidak semua yang dikutip dalam khutbah datang dari sumber yang jujur.
Dan tidak semua yang senyum depan billboard itu sihat pun.
Selamat berfikir..!
sharingbynfam #awaken





